Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Penghibur sepanjang zaman

View previous topic View next topic Go down

Penghibur sepanjang zaman

Post by Park Deen on Fri Nov 02, 2012 4:18 am

Penghibur sepanjang zaman(Kosmo)




KENNY ROGERS sukses dalam membuktikan dirinya benar-benar seorang penghibur profesional.




BERLAINAN pula dengan konsert Kenny Rogers Live In Malaysia 2012 yang
berlangsung sehari sebelum konsert Jonas Brothers di Genting Highlands,
Pahang.

Bagi pengasas francais restoran Kenny Rogers Roasters itu, usia 73 tahun bukan penghalang untuk bergelar seorang penghibur.

Sebanyak 19 buah lagu yang dipersembahkan tanpa sebarang cela dan
bersulam humor yang bersahaja menjadi pelengkap sesebuah acara konsert
yang dihadiri oleh lebih 7,000 peminat di Arena Of Stars, Genting
Highlands.

Rogers membuka persembahan seawal pukul 8.45 malam dengan lagu hit, Love Or Something Like It, disusuli It's A Beautiful Life, Ruby, Somethings Burning, Reuben James, Love The World Away, Daytime Friends, Stand Up, Lucille, Lady dan Island.

Ada pula antara beberapa buah lagu nyanyiannya diiringi persembahan
slaid menceritakan perjalanan karier dan kehidupannya terkini.

Tiga buah lagu memberi makna mendalam baginya iaitu To Me, Condition dan Gambler dipilih bersama sisipan kisah seorang Kenny Rogers.

Ceritanya mengenai sebuah lagu terbaharunya Buy Me A Rose, terdetik sebuah falsafah mengenai kehidupan manusia pada asalnya.

"Lagu ini membuktikan kepada saya lelaki berasal dari planet Marikh dan wanita asalnya dari planet Zuhrah," ujarnya berseloroh.

Sedikit hambar pada pertengahan konsert memandangkan mungkin ada
segelintir hadirin bukan peminat fanatiknya. Namun Rogers menyifatkan
peminatnya terdiri daripada dua kelompok.

"Pertama, orang yang lahir selepas tahun 1960 yang pastinya jarang
mendengar lagu-lagu saya dan keduanya, orang yang lahir sebelum tahun
1960 yang tidak ingat lagu-lagu saya," katanya berjenaka.

Kenny Rogers terkenal sebagai seorang penyanyi pop, country dan jazz
sekitar awal tahun 1950. Bintang dunia kelahiran Texas, Amerika Syarikat
itu pernah berkahwin sebanyak empat kali dan perkahwinan kelimanya
bersama Wanda Miller masih kekal hingga kini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum