Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jimmy tak rasa popular

View previous topic View next topic Go down

Jimmy tak rasa popular

Post by Park Deen on Fri Nov 02, 2012 4:17 am

Jimmy tak rasa popular (Kosmo)



Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


JIMMY (kiri) dan One Nation Emcees bakal muncul dengan single kedua hasil kolaborasi mereka berjudul, Apa Punya Tauke.




LAGU Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat sering diputarkan di
corong-corong radio. Tidak dinafikan, rentak lagu rancak yang diolah
semula oleh kumpulan One Nation Emcees telah membuatkan lagu ini dengan
sekelip mata mendapat perhatian pendengar dan peminat muzik tempatan.

Pada asalnya, lagu nyanyian penyanyi lelaki yang berasal dari Sabah
merupakan sebuah lagu yang menggunakan lirik bahasa Dusun. Bercerita
mengenai penyanyi asal lagu Anak Kampung ini, Jimmy Palikat akui dirinya dahulu tidak begitu dikenali.

Namun, setelah bergabung bersama One Nation Emcees, nama Jimmy
Palikat terus meraih populariti mendadak sehingga lagu kolaborasi mereka
itu tercalon untuk bertanding dalam separuh akhir program Muzik-Muzik ke-27 yang bakal berlangsung kelak.

Semasa mengadakan sidang akhbar di Ecoba, Petaling Jaya, Selangor, Kosmo! mengambil peluang untuk beramah mesra bersama Jimmy yang sentiasa tersenyum menjawab segala persoalan yang diberi kepadanya.

Kosmo!: Apakah perasaan Jimmy tercalon dalam separuh akhir Muzik-Muzik ke-27 ini?

JIMMY: Ini kali pertama saya masuk dalam carta Muzik-Muzik dan saya sangat gembira kerana tercalon dalam separuh akhir ini.

Bilakah karier nyanyian Jimmy bermula?

Sebenarnya ia bermula di Sabah pada tahun 2002. Di sana, waktu itu
saya hanya nyanyikan lagu-lagu tempatan Sabah dalam bahasa Dusun - salah
satunya berjudul Anak Kampung. Dek kerana satu lagu ini yang
dihasilkan pada tahun 2010 telah digemari ramai, maka saya telah tukar
liriknya kepada bahasa Melayu Sabah dan ia nyata digemari oleh
masyarakat umum.

Harapan kepada lagu Anak Kampung di Muzik-Muzik ke-27?

Saya tidak mengharapkan apa-apa. Harap berlaku keajaiban. Apa yang
pasti, saya akan buat yang terbaik untuk kepuasan semua orang.

Mungkin selepas ini anda merancang untuk mengadakan lanjutankepada lagu ini?

Sebelum kami masuk Muzik-Muzik ke-27, saya dan One Nation Emcees
pernah berbincang untuk berkolaborasi untuk lagu lain. Susunan muziknya
sudah 70 peratus siap dan ia berjudul, Apa Punya Tauke. Lagu ini
juga merupakan lagu bahasa Dusun yang saya cipta pada tahun 2002,
sementara bahagian korusnya pula dalam bahasa Melayu. Jadi, kami ambil
bahagian korus lagu itu untuk dijadikan lagu kedua kolaborasi saya
bersama One Nation Emcees itu (Apa Punya Tauke).

Apakah konsep persembahan yang bakal ditampilkan kelak di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-27?

Tiada yang istimewa kerana kami belum rancang apa-apa lagi tetapi jika ada sekalipun, biarlah ia akan menjadi kejutan kelak.

Lagu ini sudah lama dihasilkan, tetapi setelah dinyanyikan bersama One Nation Emcees, impaknya sehingga tercalon dalam Muzik-muzik. Boleh komen?

Sebenarnya ini ialah projek syarikat rakaman yang menaungi saya, Nova
Music yang memilih siapa yang akan beraksi bersama saya. Jadi ia semua
keputusan mereka, dan saya rasakan ia gabungan yang tepat dan One Nation
Emcees juga sebuah kumpulan yang sangat kreatif. Jadi saya rasa tiada
masalah.

Setelah dikenali ramai, adakah Jimmy rasa kini lebih popular?

Saya tidak rasakan popular sangat. Jika di Sabah juga saya tidaklah
popular mana. Saya rasa saya belum popular kerana ini merupakan satu
permulaan untuk membina nama. Waktu itu saya di Sabah, tapi kini saya
baru memasuki pasaran Semenanjung, jadi memang ia satu permulaan bagi
saya.

Adakah Jimmy sudah mengambil keputusan untuk menetap di Semenanjung Malaysia bagi mengembangkan karier nyanyian?

Saya rasa untuk dikenali hanya menerusi sebuah lagu, masih belum
cukup kuat untuk saya. Bukan tidak yakin, namun jika mungkin setelah dua
atau tiga lagu, saya menjadi terkenal, barulah saya akan pertimbangkan
untuk menetap di Semenanjung Malaysia. Saya akui masih belum yakin
dengan karier nyanyian saya di Semenanjung. Ini kerana bukan selalunya
kita di atas, sementara masih ada peluang saya akan gunakan sebaik
mungkin.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum