Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rozaimi pasrah

View previous topic View next topic Go down

Rozaimi pasrah

Post by Park Deen on Fri Nov 02, 2012 3:59 am

Rozaimi pasrah (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ROZAIMI mengesahkan tidak mendapat tawaran susulan daripada kelab Thailand, BEC Tero Sasana.




JODOH antara peledak muda negara, Rozaimi Abdul Rahman bersama kelab
Thailand, BEC Tero Sasana dilihat seakan-akan sudah ternoktah.

Semalam, penyerang muda Sabah itu mengesahkan tidak menerima apa-apa maklum balas daripada kelab itu setakat ini.

Sebelum ini, Tero Sasana itu dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Rozaimi musim depan.

Begitupun, ia menemui jalan buntu ekoran Rozaimi terlebih dahulu
diikat Selangor sebagai pemain pinjaman sepanjang mengharungi kempen
Piala Malaysia musim ini.

Biarpun telah menamatkan tugas bersama Gergasi Merah, tiada sebarang tawaran susulan dikemukakan Tero Sasana setakat ini.

“Buat masa ini, saya tidak menerima mana-mana tawaran daripada mana-mana pasukan termasuk Tero Sasana.

“Jika tidak ada rezeki, saya pasrah dan tidak kecewa,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! pada 7 Julai lalu melaporkan hasrat naib juara Liga
Juara-Juara Asia 2002 itu berminat untuk mendapatkan khidmat Rozaimi
musim depan.

Ia ekoran kecemerlangan Rozaimi meledak 10 gol pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar, Jun lalu.

Untuk rekod, Tero Sasana menamatkan saingan Liga Premier Thailand
musim ini di tempat ketiga apabila berjaya mengumpul 57 mata dari 34
perlawanan.

Dalam pada itu, Rozaimi masih belum membuat keputusan muktamad sama
ada mahu kekal bersama Sabah ataupun menyertai Harimau Muda musim depan.

“Keputusan masih 50-50, saya hanya boleh membuat keputusan selepas
mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Sabah 8 November ini,”
katanya ringkas.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum