Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ada masalah boleh rujuk FAM

View previous topic View next topic Go down

Ada masalah boleh rujuk FAM

Post by Park Deen on Thu Nov 01, 2012 5:14 am

Ada masalah boleh rujuk FAM (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI
MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my






PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius isu ‘belakang
tabir’ membabitkan beberapa pasukan yang dikatakan sedang rancak memburu
pemain kegemaran masing-masing.

Ketika diminta mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk
Azzuddin Ahmad menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu tidak
beretika, apatah lagi ia membabitkan pemain yang masih mempunyai kontrak
dengan majikan lama.

Azzuddin memberitahu, segala urusan untuk mendapatkan mana-mana pemain harus dijalankan dengan cara yang betul dan profesional.

“Sebenarnya, kepada mana-mana pasukan yang berhasrat untuk mendapatkan pemain, mereka boleh menggunakan saluran yang betul.

“Seperti yang termaktub dalam undang-undang Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA), mana-mana pasukan boleh mendapatkan pemain yang
dikehendaki, dengan syarat mereka membayar pampasan jika pemain
terbabit masih mempunyai kontrak dengan majikan lama.

“Kepada persatuan atau kelab yang masih keliru, mereka boleh merujuk
kepada pihak FAM bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu kontrak
pemain,” jelas Azzuddin kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk
Seri Mohamad Hasan menyifatkan bahawa adalah tidak profesional sesebuah
pasukan mengikat kontrak dengan pemain baharu, sedangkan pemain
terbabit masih menerima gaji daripada pasukan lamanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut melahirkan rasa kesal
terhadap sikap beberapa pasukan yang ‘merampas’ pemain tanpa pengetahuan
majikan lama.

Mohamad Hasan menegaskan, FAM perlu meneliti sewajarnya perbuatan
tidak beretika tersebut agar semua pihak terbabit menghormati nilai
‘kuasa’ yang ada dalam kontrak seseorang pemain itu.

Mengambil contoh, pemain import, Jean Emmanuel Effa Owona yang masih mempunyai kontrak dengan PBNS.

Namun penyerang kelahiran Cameroon itu dilaporkan sudah menandatangani perjanjian dengan Terengganu bagi saingan musim depan.

“Kami menerima pandangan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai perkara itu.

“Perkara tersebut telah diserahkan kepada sebuah jawatankuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Buat masa ini, tiada sebarang tindakan diambil lagi,” kata Azzuddin lagi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum