Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lisa turun berat badan

View previous topic View next topic Go down

Lisa turun berat badan

Post by Park Deen on Wed Oct 31, 2012 5:21 am

Lisa turun berat badan(kosmo)


Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


LANGSING. Berat badan Lisa pernah mencecah 58 kilogram sebelum mengamalkan diet pemakanan.



PELAKON wanita yang bakal menggalas watak isteri mantan Perdana
Menteri keempat, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ketika muda dalam teater
Tun Siti Hasmah tidak lama lagi ini telah susut berat badannya.

Bukan disebabkan tertekan dengan latihan teater berkenaan atau kerana
sudah berbadan dua, Lisa sebaliknya ingin menurunkan berat badannya
yang dikatakan agak berisi selepas mendirikan rumah tangga dengan
pelakon, pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim.

Lisa yang kini kelihatan sangat langsing baru sahaja dilantik
menjadi duta tempatan pertama untuk kanta lekap FreshLook, keluaran
syarikat Alcon yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini antara selebriti luar negara yang pernah menjadi duta
kanta lekap jenama tersebut ialah penyanyi Taiwan, Rainie Yang dan
anggota kumpulan Girls Generation dari Korea Selatan, Im Yoona.

Lisa dan Yusri khabarnya bersepakat mahu menurunkan berat badan
masing-masing dan untuk itu, mereka saling menyokong antara satu sama
lain untuk mengurangkan makan nasi dan hanya makan makanan berkhasiat.

Ternyata, usaha tersebut memberikan impak terhadap Lisa. Ketika
ditemui pada majlis pengumuman dirinya sebagai duta FreshLook di Hotel
Hilton, Petaling Jaya, Selangor, kelmarin, Lisa mendedahkan rahsia dan
petua yang diamalkan untuk menurunkan berat badannya.

Kosmo!: Lisa kelihatan langsing dan kurus berbanding sebelum ini, apakah rahsianya?

LISA SURIHANI: Rahsia berat badan saya sudah turun empat kilogram sebab banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kenapa Lisa ambil keputusan untuk menurunkan berat badan?

Selepas penggambaran filem Istanbul Aku Datang memang saya tidak
boleh kawal makan. Saya nampak lebih berisi selepas kahwin, jadi sebelum
kena penyakit baik saya diet.

Berapa berat badan Lisa sebelum ini?

Berat badan saya 54 kilogram (kg), dan ia naik empat kg selepas itu.
Ia (turunkan berat badan) atas kesedaran sendiri bukan sebab kritikan
pihak media kata saya sudah berisi.

Apa lagi yang Lisa lakukan dalam tempoh berdiet itu?

Saya jarang bersenam tetapi kurangkan makan nasi. Bukan tidak makan
langsung, cuma makan sedikit. Kalau langsung tidak makan nasi, nanti
perut akan terkejut sebab sudah makan nasi sejak kecil lagi. Selain itu
saya banyak makan salad, minum yogurt dan air jus buah-buahan segar.

Lisa mahu turunkan berat badan sampai berapa kilogram?

Saya tidak mahu kurus sangat, janji saya nampak sihat itu sudah cukup.

Selepas pementasan teater Tun Siti Hasmah, apakah projek terbaharu Lisa?

Saya akan muncul dalam sebuah rancangan televisyen tetapi tidak
boleh didedahkan di sini (buat masa ini). Saya juga terbabit dengan
sebuah lagi program untuk siaran di internet iaitu Maskara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum