Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya

View previous topic View next topic Go down

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya

Post by Park Deen on Wed Oct 31, 2012 5:18 am

Elizabeth Taylor selebriti mati terkaya (kosmo)





MENDIANG Elizabeth Taylor dan
Michael Jackson merupakan dua selebriti yang telah meninggal dunia
tetapi masih meraih pendapatan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.




BINTANG legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat
baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.


Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk
tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang
Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672
juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada
lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan
lukisan.

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling
mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun
1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White
Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.

Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk
tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem
lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra.

Ini kerana Taylor yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia
79 tahun sebenarnya, berkongsi 10 peratus hasil pendapatan daripada
tayangan setiap filem-filem lakonannya.

Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di
tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah
RM464 juta, manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas
berjaya mengumpul RM176 juta - jumlah sama yang dikumpul pada tahun
sebelumnya.

Kartunis selebriti, Charles Schulz, pencipta karya kartun popular
Peanuts pula di tempat keempat dengan mengumpul sejumlah RM118 juta.

Antara selebriti yang masuk dalam senarai baharu Top 10 Selebriti
Mati Terkaya itu termasuklah dua bintang legenda Hollywood, mendiang
Marilyn Monroe dan Steve McQueen.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum