Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sathia tak bimbang

View previous topic View next topic Go down

Sathia tak bimbang

Post by Park Deen on Wed Oct 31, 2012 5:02 am

Sathia tak bimbang (Kosmo)



Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


AIDIL ZAFUAN (depan) sah menyertai pasukan Johor bagi saingan Liga Super musim depan.



JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan tidak
bimbang dengan 'kehilangan' tiga pemain tonggaknya yang akan
meninggalkan pasukan ATM untuk bersama pasukan lain pada saingan Liga
Malaysia (Liga M) musim depan.

Tiga pemain tersebut, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Adha Abdul
Radzak serta Azmi Muslim hampir pasti akan menyarung jersi pasukan Johor
pada saingan Liga Super 2013.

"Perpindahan pemain dalam era profesional merupakan sesuatu yang
sihat dan saya menganggap perkara itu akan merancakkan lagi saingan liga
kita serta sangat baik untuk semua pihak," katanya.

Menurut Sathianathan, beliau yakin dengan semua pemain yang masih
kekal serta ditambah dengan kehadiran bekas pemain pertahanan kental
Negeri Sembilan, Mohd. Shukor Adan bakal menjadikan pasukan ATM antara
pasukan yang mampu memberi saingan sengit kepada pasukan utama dalam
Liga Super.

"Saya paling beruntung kerana mendapat Shukor Adan kerana dia bukan
sahaja seorang pemain yang berpengalaman luas, malah seorang yang sangat
komited kepada pasukan dan saya sudah mengenalinya sejak dia berusia 17
tahun lagi.

"Setakat ini, saya masih tidak ada senarai pemain lain untuk
'dipancing' kerana saya sedar bukan mudah untuk mendapat pemain-pemain
bintang kerana kebanyakan mereka sudah memiliki pasukan sendiri," kata
Sathianathan lagi.

Tambahnya lagi, sebagai pengganti kekosongan yang ditinggalkan oleh
tiga pemain tersebut, beliau mengambil langkah positif dengan
menyenaraikan tiga pemain bawah 18 tahun yang dilihat berpotensi
diserapkan dalam pasukan utama ATM musim depan.

"Tiga pemain tersebut, seorang penyerang, seorang pemain sayap dan
seorang lagi pertahanan kanan, yang sudah beberapa kali dipanggil
menyertai kem latihan skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee,"
jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum