Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ranjau menanti Harimau Muda

View previous topic View next topic Go down

Ranjau menanti Harimau Muda

Post by Park Deen on Wed Oct 31, 2012 5:00 am

Ranjau menanti Harimau Muda (Kosmo)





THAMIL Arasu (depan, kanan) tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.




PEJAM celik, perjuangan Harimau Muda dalam saingan Liga Singapura (Liga S) musim ini semakin sampai ke penghujungnya.

Tatkala misi untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan musim ini di
tangga kelima sudah pun berada dalam genggaman Harimau Muda, sudah
tentu anak-anak buah Ong Kim Swee mahu melabuhkan tirai Liga S musim ini
dengan cukup bergaya.

Bukan apa, mungkin ramai yang sudah lupa betapa skuad muda negara
memulakan kempen Liga S musim ini dengan cukup sempurna apabila
mengatasi Gombak United 2-0 pada 9 Februari lalu.

Jadi, misi Harimau Muda 'menutup buku' musim ini ketika berdepan
tugas getir bertemu pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan
Besar, Singapura, Jumaat ini seharusnya berakhir dengan kejayaan.

Atas kertas, rekod pertemuan kedua-dua pasukan begitupun dilihat
tidak memihak kepada Harimau Muda yang tewas tipis 2-3 kepada skuad
kendalian Tay Peng Kee itu di Stadium Yishun pada 13 Mei lalu.

Tambahan pula, pencetak kedua-dua gol Harimau Muda ketika perlawanan
itu, Syahrul Azwari Ibrahim dan Thamil Arasu terpaksa diketepikan kali
ini gara-gara dilanda musibah kecederaan.

Namun, bola itu bulat. Tiada yang mustahil dalam bola sepak.

Ia pernah dibuktikan anak-anak buah Kim Swee sebelum ini yang masih
berupaya muncul juara dalam beberapa kejohanan jemputan seperti Piala
SCTV dan Newspaper Cup baru-baru ini biarpun tanpa beberapa tonggak
utama.

Justeru, kemenangan ke atas Tampines Rovers mungkin boleh disifatkan 'hadiah selamat tinggal' daripada anak-anak buah Kim Swee.

Ia ekoran mereka masih belum pasti kekal beraksi dalam Liga S ataupun
tidak musim depan memandangkan perlu bersedia awal mempertahankan emas
pada Sukan SEA 2013 di Myanmar.

Terdahulu, Harimau Muda yang unggul di tangga ketiga liga dengan 42
mata setakat ini sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan di tangga
kelapan, Hougang United malam kelmarin.

Kecemerlangan penjaga gol Hougang United, Fadhil Salim malam kelmarin
juga mengekang Harimau Muda daripada membawa pulang tiga mata berharga.

"Kecemerlangan penjaga gol lawan dilihat menafikan hasrat kami untuk menang biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan.

"Namun, saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini dan ia satu mata
yang cukup penting buat kami," kata Kim Swee selepas tamat perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum