Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Jadi Warga Negara AS Pada Usia 111 tahun, Apa Yang Diamalkan Olehnya

View previous topic View next topic Go down

Jadi Warga Negara AS Pada Usia 111 tahun, Apa Yang Diamalkan Olehnya

Post by Park Deen on Mon Oct 29, 2012 6:36 am


Jadi Warga Negara AS Pada Usia 111 tahun, Apa Yang Diamalkan Olehnya


Ihsan:http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/search/label/Rahsia%20Umur%20100Tahun






WARINA
ZAYA BASHOU melafazkan ikrar untuk menjadi warga negara AS pada satu
majlis di kediamannya di Sterling Heights, Michigan kelmarin.



STERLING HEIGHTS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita berketurunan Iraq
mendapat kewarganegaraan AS pada usia 111 tahun, lapor sebuah stesen
radio tempatan.


Warina Zaya Bashou mengangkat sumpah sebagai warga negara AS di kediamannya di sini, negeri Michigan kelmarin.

Stesen radio WWJ-AM melaporkan, Warina dikelilingi sekitar 12 saudara- mara
dan rakannya semasa majlis angkat sumpah berkenaan berlangsung.


Menurut jurucakap Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, Marilu
Cabrera, Warina yang dilahirkan pada tahun 1900 merupakan individu kedua
tertua di AS yang mengangkat sumpah kewarganegaraan.

Warga emas berkenaan memberitahu, dia mengamalkan petua meminum teh hijau agar dirinya kekal sihat. - AP/Kosmo!

Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:

  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan

Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:
Nutrien Teh Hijau
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia
bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam.
Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan
pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu
teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.


Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki
nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua,
lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan
hari ini juga.


Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh
membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan
pada bahagian kulit berkenaan.


Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan
rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan,
kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan
oleh tidur yang tidak cukup.


Lindungi kulit
Dimakmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia
membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada
pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat
lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit
dan pelembap kulit.

Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau
fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan
merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak
menggemarinya.

Kenapa?
Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat
melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.


Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari
luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran
darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah
usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.


Menurunkan berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau
mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan
lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum