Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Telegram terpinggir dek kemajuan teknologi

View previous topic View next topic Go down

Telegram terpinggir dek kemajuan teknologi

Post by Park Deen on Mon Oct 29, 2012 5:20 am

Telegram terpinggir dek kemajuan teknologi (Kosmo)









GETARAN dada seorang wanita yang sedang menyapu daun-daun kering di
halaman rumahnya semakin deras tatkala melihat seorang lelaki beruniform
menaiki basikal memasuki pekarangan rumah. Desah nafasnya semakin
kedengaran apabila lelaki tersebut menghulurkan sekeping sampul tertera
perkataan telegram di hadapannya sambil berkata: “Telegram untuk puan.”

Sebaik kiriman telegram yang tertulis, ‘Ayah meninggal dunia, balik
segera!’ dibaca, mengalir manik-manik jernih daripada sepasang mata
bundar wanita itu.

Itu antara adegan drama yang masih segar dalam ingatan penulis
berhubung fungsi telegram iaitu menyampaikan mesej kecemasan terutamanya
berita buruk dan sedih.

Jika ditebak soalan mengenai telegram kepada generasi muda kini yang
medium komunikasinya berkiblatkan gajet-gajet canggih, pasti 90 peratus
daripada mereka tidak tahu apa itu telegram.

Pernah sekali penulis menguji seorang remaja berusia 18 tahun
mengenai telegram dan remaja tersebut bertanya kembali kepada penulis:
“Apa itu telegram? Sukatan timbang terbaharu ke?”

Kenangan telegram

Kalau ada yang tahu pun, mungkin mereka hanya mendengarnya melalui
pembacaan novel, cerita dan drama lama tanpa merasai sendiri pengalaman
menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bagi seorang pesara kerajaan Rosly Mohamad, telegram punya nilai sentimental buat dirinya dan isteri, Zubaidah Omar, 58.

Lelaki berusia 58 tahun hanya tersenyum sambil ketawa kecil apabila
persoalan mengenai telegram diutarakan, lantas ayah kepada empat orang
anak itu menyingkap kembali cerita lama.



PERKHIDMATAN telegram sangat penting
pada suatu ketika dahulu kerana ia dapat menyampaikan mesej dengan
pantas berbanding medium komunikasi lain pada masa itu.




Ceritanya, apabila dia mahu menyunting anak dara orang, sudah menjadi
adat ia dimulakan dengan merisik kemudian barulah bertunang, bernikah
dan akhir sekali berkahwin.

“Pada ketika itu, keluarga saya merancang untuk datang merisik bakal
isteri saya di Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor. Tetapi saya tidak
tahu bagi orang Jawa (keluarga sebelah isteri) merisik itu dikira
bertunang.

“Kelam-kabut saya dibuatnya kerana tidak menyediakan apa-apa
persiapan untuk majlis pertunangan. Yang ada hanya sebentuk cincin
belah rotan sebagai tanda merisik,” katanya yang ketika itu tinggal di
Tanjung Malim, Pera.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memecut ke pejabat pos Tanjung
Malim untuk menghantar telegram menyampaikan pesanan kepada keluarga
bakal isteri bahawa pertunangan ditangguhkan bagi membolehkan
keluarganya membuat segala persiapan.

“Mujur ada telegram, majlis pertunangan berlangsung seminggu
kemudian. Kini, perkhidmatan telegram sudah ditamatkan dan segalanya
hanya tinggal kenangan untuk diceritakan kepada anak dan cucu.

“Sayangnya, telegram itu tidak tahu ke mana,” ujarnya.

Guna Kod Morse

Sejarah perkhidmatan telegram di Malaysia diperkenalkan di negara ini sejak tahun 1940-an.

Perkhidmatan telegram digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia
pada ketika itu bagi menghantar pesanan termasuklah pesanan-pesanan
segera.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Telekom Malaysia (TM), Datuk Rozalila
Abdul Rahman, pada awal pengenalannya, perkhidmatan telegram telah
diberikan melalui bantuan operator menggunakan Kod Morse.

Pada waktu itu, perkhidmatan telegram ditawarkan oleh Jabatan Telekom
Malaysia (JTM). Apabila jabatan tersebut diswastakan menjadi Syarikat
Telekom Malaysia (STM) pada tahun 1987, perkhidmatan itu terus kekal di
bawah seliaan STM hinggalah evolusinya kepada Telekom Malaysia Berhad
(TM) pada hari ini.



SEORANG kakitangan Muzium Telekom menunjukkan telegram yang pernah menjadi medium komunikasi yang penting suatu ketika dahulu.



“Perkhidmatan telegram yang ditawarkan sebelum ini oleh TM mengguna
pakai sistem Automatic Message Switching dan menggunakan sebuah
teleprinter bagi menghantar, menerima dan mencetak pesanan-pesanan
pelanggan. Perkhidmatan ini hanya boleh diperoleh menerusi Pusat Khidmat
Pelanggan TM di talian 100 dan juga di premis-premis TMpoint,” katanya.

Tambahnya, Pos Malaysia bertanggungjawab memungut pesanan-pesanan
yang dicetak dari Pusat Telegram TM di Kuala Pauh, Jalan Kuchai Lama,
Selangor atau di premis TMpoint terpilih di seluruh negara untuk
dihantar kepada penerima pesanan tersebut.

Bagaimanapun, kemajuan teknologi menyebabkan perkhidmatan telegram
sejak beberapa tahun kebelakangan ini hanya digunakan kebanyakannya oleh
bank dan institusi kewangan, khususnya bagi tujuan pungutan pembayaran.

“Akhirnya TM mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ini
atas beberapa faktor. Antaranya ketiadaan bantuan sokongan teknikal bagi
peralatan yang dimiliki, selain wujudnya peranti-peranti serta saluran
komunikasi baharu. Lebih banyak orang hari ini berkomunikasi menggunakan
telefon talian tetap, telefon mudah alih, khidmat pesanan ringkas
(SMS), e-mel dan aplikasi pesanan segera,” ujarnya.

Jelas Rozaliza lagi, berikutan peralatan yang digunakan untuk
memberikan perkhidmatan telegram semakin usang dan alat gantian juga
tidak lagi didapati, ia menjadi semakin sukar buat TM untuk terus
menawarkan perkhidmatan itu.

TM telahpun memaklumkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan mengenai hasrat untuk menamatkan perkhidmatan telegram pada
tahun 2004 dan kementerian akhirnya meluluskan permohonan tersebut pada
bulan Mei 2012.

Tanggal 1 Julai lalu menjadi detik pernuh bersejarah apabila perkhidmatan telegram ditamatkan secara rasminya.

“Kami percaya industri telekomunikasi masa kini menghidangkan
pelbagai medium komunikasi yang lebih bersesuaian dengan kemampuan dan
cara hidup rakyat Malaysia.

“Kami juga memahami bahawa tidak semua golongan mampu untuk memiliki
telefon bimbit atau komputer peribadi (PC) bagi menghantar e-mel, namun
apabila Malaysia bergerak maju ke arah sebuah negara berpendapatan
tinggi, negara kita dilengkapi dengan infrastruktur komunikasi yang
berkembang dengan baik termasuklah telefon awam serta perkhidmatan pos,”
katanya.



INILAH salah satu tulang belakang
perkhidmatan telegram yang bertanggungjawab memastikan telegram sampai
dengan selamat kepada si penerima.




Pada detik-detik terakhir perkhidmatannya, Pengurus Besar TM
Kelantan, Ab. Rashid Che Othman memberitahu, kira-kira 1,000 telegram
dihantar melalui TM Point Kota Bharu berbanding hanya sekitar 500 pada
hari-hari biasa.

Sejak tahun 2000 telegram dihantar melalui komputer dan tidak lagi menggunakan mesin teleks seperti zaman dahulu.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan gambaran lebih jelas dan melihat
sendiri mesin teleks yang digunakan suatu ketika dahulu anda boleh
berkunjung ke Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum