Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda tetap dicabar

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda tetap dicabar

Post by Park Deen on Mon Oct 29, 2012 5:10 am

Harimau Muda tetap dicabar (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PEMAIN Harimau Muda dicabar untuk meraih kedudukan lebih baik dalam saingan Liga S.




ATAS kertas, misi Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menamatkan
saingan Liga Singapura 2012 (Liga S) musim ini tampak sukar dicabar
mana-mana pasukan.

Selepas mengumpul 41 mata setakat ini, skuad kendalian Ong Kim Swee
itu kini berada di tangga keempat liga dengan baki dua perlawanan,
mengatasi Home United dan Balestier Khalsa yang kini di tangga kelima
dan keenam.

Begitupun, Kim Swee mencabar anak-anak buahnya mempamerkan
persembahan bertenaga untuk menamatkan saingan di kedudukan lebih baik
berbanding misi asal mereka sebelum ini untuk menghuni tangga kelima
liga.

Menurut beliau, pertemuan menentang pasukan di tangga kelapan,
Hougang United di gelanggang lawan malam ini bakal dijadikan kayu ukuran
sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar
tahun depan.

“Saya berharap pemain Harimau Muda tidak cepat berasa selesa dan memandang mudah dua lagi perlawanan selepas ini.

“Biarpun sasaran awal menamatkan saingan di tempat kelima Liga S
sudah berada dalam genggaman, saya cabar pemain supaya mampu menamatkan
saingan di kedudukan yang lebih baik,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Yishun pada 27 April lalu memihak kepada Harimau Muda yang menang 3-1.

Selepas berdepan Hougang United malam ini, Harimau Muda bakal menutup
tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan
Besar pada 1 November.

Begitupun, Kim Swee sedar bahawa anak-anak buahnya bakal berdepan
ranjau yang cukup berliku ketika berdepan Hougang United malam ini
rentetan musibah kecederaan yang menimpa pemain.

Menurut beliau, beberapa pemain utama seperti Thamil Arasu, Syahrul
Azwari Ibrahim dan Fandi Othman hampir pasti diketepikan malam ini
gara-gara kecederaan serius.

“Saya hanya dapat menggunakan khidmat 16 pemain sahaja untuk baki saingan Liga S selepas ini.

“Antara yang mendapat kepercayaan saya termasuklah Ahmad Hazwan
Bakri, Mohd. Azzizan Nordin dan juga V. Kavi Chelvan bagi menggempur
kubu Hougang United nanti,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum