Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Effa Owona sertai Terengganu

View previous topic View next topic Go down

Effa Owona sertai Terengganu

Post by Park Deen on Mon Oct 29, 2012 5:02 am

Effa Owona sertai Terengganu (Kosmo)



Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


PENGURUS pasukan Terengganu, Marzuki
Sulong (kiri) bersalaman dengan Effa Owona (kanan) selepas majlis
menandatangani kontrak pemain import bagi saingan Liga Malaysia musim
depan di Kuala Terengganu semalam.




PENYERANG import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang akan
tamat kontrak dengan pasukan itu hujung bulan depan bakal mengetuai
jentera serangan pasukan Terengganu musim depan.

Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah beraksi dalam Liga Perancis
dan Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga yakin dapat menunjukkan
prestasi lebih baik apabila menganggotai skuad Terengganu kelak.

Keyakinan tersebut diluahkan penyerang kelahiran Cameroon itu yang
berjaya merekodkan 24 jaringan daripada 30 perlawanan dalam tempoh
semusim ketika bersama Negeri Sembilan.

“Saya juga kenal beberapa pemain di sini (Terengganu) dan saya yakin
saya boleh melakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan sebelum
ini,” katanya.

Owona ditemui selepas menandatangani kontrak bersama skuad Penyu di
pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Kuala
Terengganu semalam. Hadir pada majlis itu, pengurus pasukan, Marzuki
Yusof.

Kontrak Owona selama setahun bersama skuad Penyu akan berkuat kuasa
mulai 1 Disember depan tetapi dia akan mula menjalani latihan bersama
pasukan baharunya itu lebih awal iaitu pada 25 November nanti.

Sementara itu, menurut Marzuki, selain Owona, Terengganu juga akan
mengumumkan pemain import kedua mereka yang akan beraksi di posisi
pertahanan minggu depan.

“Kita akan adakan ujian pemilihan pada 7 November ini untuk
mendapatkan seorang lagi pemain import dan setakat ini, enam atau tujuh
pemain luar termasuk dari Brazil, Congo dan Ghana telah dikenal pasti
untuk mengisi posisi tersebut.

“Kita akan tengok dan buat penilaian bersama. Saya yakin menjelang
minggu depan, perkara ini (urusan pengambilan pemain import) akan
selesai,” katanya.

Jelasnya, beberapa pemain tempatan juga telah dipilih untuk menjalani
sesi pemilihan bersama skuad Penyu musim depan, namun beliau enggan
mendedahkan nama pemain berkenaan buat masa ini

“Apa yang penting ialah kita sasar untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim depan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum