Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Miera suka lelaki macho

View previous topic View next topic Go down

Miera suka lelaki macho

Post by Park Deen on Sun Oct 28, 2012 5:30 am

Miera suka lelaki macho (Kosmo)








BERULANG-ULANG kisah cintanya menjadi bahan kontroversi. Mula-mula
dengan Lash Mokhtar kemudiannya pengakuan cinta lokasi dan putus kasih
dengan Shahrizal Jaszle, namun sehingga hari ini, pucuk muda Miera
Liyana, 19, mengakui dia bebas lincah tanpa kekasih.

Pelakon yang pernah mendatangkan sensasi gara-gara memakai gaun malam
yang tersalah ukuran sehingga mendedahkan sebahagian payu daranya itu
mengakui, dia kini tenang bekerja tanpa digugat cerita remeh-temeh.

“Saya rasa lebih bebas dan berterima kasih pada dia (Shahrizal
Jaszle). Disebabkan oleh dia, saya kini lebih matang,” ujar pelakon
berusia 19 tahun saat ditemui selepas pelancaran drama bersiri terbaharu
berjudul Putera Rayyan.

Sibuk di lokasi memenuhi tuntutan sebagai pelakon dan membawa harapan
penerbit, Miera tidak menafikan bahawa ada lelaki yang cuba untuk
mendekati dirinya, namun dia menolak kerana mahu memberi fokus kepada
kerjaya.

“Didekati individu tertentu itu ada, itu perkara biasa tetapi saya
tidak mahu terburu-buru lagi. Saya menolak dengan baik. Melihatkan
perangai dan karakter saya yang begini, lelaki hanya lebih suka berkawan
dengan saya,” katanya.

Bersifat agresif dalam masa yang sama masih jelas sifat keanak-anakan
dan manja, Miera mengakui hatinya mudah tertarik untuk menyukai lelaki
yang berketerampilan macho dan penuh karakter.

Sebagai contoh, bayangan lelaki macho dambaan Miera dapat dilihat daripada tiga selebriti lelaki tempatan yang diminati olehnya.

“Walaupun saya jenis yang agak lasak, tetapi apabila jumpa lelaki
yang saya suka, saya akan berubah menjadi lembut. Jika mahu memberikan
bayangan, jenis lelaki yang saya suka ada pada Henry Golding, Aaron Aziz
dan juga Adiputra,” katanya ketawa.

Miera bagaimanapun menegaskan, pengalaman bercinta dan kecewa dalam
percintaan sesama artis yang dilalui sebelum ini membuatkan dia mengelak
agar pisang tidak berbuah dua kali.

“Kalau boleh, saya memang tak mahu teman lelaki artis, saya tak mahu
pengalaman sebelum ini berulang lagi,” getusnya yang membawa watak
antagonis di sini Kamal Adli dan Nad Zainal menerusi Putera Rayyan.

Drama yang disiarkan menerusi slot Samarinda itu mula bersiaran pada
31 Oktober ini pada pukul 10.30 malam, setiap hari Selasa dan Rabu,
manakala pada hari Khamis ia akan disiarkan pada pukul 9.30 malam di
TV3.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum