Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Megan teruja berlakon filem Melayu

View previous topic View next topic Go down

Megan teruja berlakon filem Melayu

Post by Park Deen on Sun Oct 28, 2012 3:59 am

Megan teruja berlakon filem Melayu(Kosmo)




SI penggemar Lauren Conrad ini mengaku gayanya ditata atas pertolongan kakaknya.



WAJAH wanita muda ini sering dilihat di saluran 8TV sebagai pengemudi
program. Lincah dan petah berbicara, Megan Tan merupakan pemegang
Ijazah Psikologi dan Komunikasi dari Kolej Segi.

"Saya bertemu dengan ramai orang. Pembelajaran saya dahulu membantu saya menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Ada pelbagai cara untuk berkomunikasi apabila berhadapan dengan
bermacam-macam karakter. Saya juga dapat memahami perangai manusia
dengan lebih baik.

"Sebagai pengacara, saya banyak menemu ramah orang dan itulah yang
membantu saya mendapatkan informasi," ujar gadis berusia 23 tahun ini
yang pernah menemu bual pelakon filem Harry Potter di London.

Bercerita tentang sejarahnya memasuki dunia glamor berdepan kamera, Megan lincah membuka cerita.

"Saya terlibat dengan bidang pengacaraan sejak berusia 10 tahun lagi
iaitu ketika mengacarakan program Golden Kids Club di RTM. Kemudian saya
berhenti untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

"Pada akhir November 2009, saya mencuba nasib dalam pertandingan 8TV
Quickie Search. Saya berjaya terpilih dan pada Januari 2010, saya
memulakan tugas sebagai pengacara 8TV Quickie," ujarnya yang fasih
berbahasa Melayu.

Bukan sekadar mengemudi program terkenal di saluran urban itu, wajah
manis dan karakter ceria Megan menjadi tarikan bagi syarikat tertentu
untuk mengetengahkan produk mereka. Terbaru, Megan menjadi pilihan
produk Veet.

"Sebelum ini saya menjadi duta Blackberry. Terkini, saya menjalankan kempen untuk produk Johnson & Johnson serta Veet.

"Bersama Diana Danielle dan Tanuja, kami menjadi juri bagi pencarian
Miss Veet," ujarnya yang memilih pemenang berdasarkan personiliti dan
keyakinan diri peserta.

Lepas ujiannya dalam bidang pengacaraan dan duta produk, Megan yang
pernah berlakon telefilem Sakura arahan Rosnani Jamil bersama Shahrizal
Jaszle ini menyimpan hasrat untuk aktif berlakon pula.

Sebelum ini, gadis kelahiran Pulau Pinang ini pernah menempa
pengalaman berlakon filem CE1 arahan Aziz M. Osman dan Apokalips arahan
Mamat Khalid.

Dia yang sedar industri lakonan Malaysia didominasi pelakon dan
penonton Melayu bersedia untuk berdepan cabaran bergelar aktres.

"Saya memegang prinsip walau apa pun yang saya buat, saya lakukannya dengan fikiran yang terbuka.

"Sebagai persediaan, saya banyak bergaul dan berbual dalam bahasa Melayu.

"Saya juga perlu bekerja keras dan melakukan yang terbaik," katanya
yang terpaksa menolak tawaran sebagai pelakon utama sebuah telefilem
kerana masalah jadual.

Melihat kelincahannya berdepan kamera dan kena gayanya dalam
berfesyen, Megan mengakui menjadikan Blake Lively dan Lauren Conrad
sebagai panduan.

"Saya gemarkan selera fesyen mereka.

"Lauren Conrad mempunyai blog sendiri dan sangat bijak berfesyen
manakala Blake Lively yang terkenal melalui siri The Gossip Girl
menerapkan elemen feminisme dalam gayanya," ujarnya teruja.

"Dalam realiti, kakak saya banyak membantu. Dia gemarkan fesyen dan
seseorang yang sangat mengerti akan diri saya," sambungnya yang
menganggap personaliti yang akan membuatkan seseorang itu tampak mahal
dalam apa sahaja busana yang dikenakannya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum