Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

‘Saya cukup masak’

View previous topic View next topic Go down

‘Saya cukup masak’

Post by Park Deen on Sat Oct 27, 2012 12:18 pm

‘Saya cukup masak’ (HARIAN METRO)

Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


TENANG...Kim Swee (kanan) memantau sesi latihan.

JURULATIH Harimau Muda, Ong Kim Swee sudah cukup bersedia menghadapi
apa saja kemungkinan pada masa depan selepas dihimpit cabaran demi
cabaran yang langsung tidak menghalangnya membantu anak buahnya melakar
kejayaan.

Pujian wajar diberikan kepada pengendali berusia 41 tahun itu kerana
ketika berdepan masalah serta tekanan, Kim Swee tidak pernah
mengecewakan peminat tempatan apabila terbaru membimbing anak buahnya
menjuarai Kejohanan Jemputan Newspaper Cup di sebalik kehilangan
kebanyakan tonggak utama kerana kecederaan serta di panggil menjalani
latihan bersama Harimau Malaya.

Itu bukan satu-satunya
masalah yang pernah di hadapi Kim Swee malah beliau pernah berdepan
cabaran lebih besar ketika membantu skuad negara mempertahankan pingat
emas pada temasya Sukan Sea di Indonesia, tahun lalu.

“Saya sudah cukup masak menghadapi masalah kecederaan serta pemain
dipanggil skuad utama. Memanglah saya akui kadangkala agak tertekan dan
mengeluh tapi saya cuba ubah tekanan itu kepada satu cabaran.

“Takkanlah saya mahu mengalah awal-awal. Apa kata pemain pula nanti,
sudah tentu mereka akan berasa kecewa jika saya mempunyai mentaliti
seperti itu.

“Jadi walau apapun berlaku, saya perlu kuat dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang saya hadapi.

“Cabaran demi cabaran ini menguatkan lagi semangat saya dan sudah
bersedia menghadapi apa saja kemungkinan selepas ini,” luah Kim Swee.

Ada yang mengganggap kempen Harimau Muda pada Kejohanan Jemputan
Newspaper Cup di Vietnam baru-baru boleh ‘bungkus awal’ selepas Kim
Swee kehilangan lima tonggak utama kerana disenaraikan dalam skuad
Harimau Malaya untuk persiapan aksi persahabatan menentang Hong Kong
pada 16 Oktober lalu.

Lebih parah, Kim Swee turut berdepan masalah kecederaan membabitkan
pemainnya sehingga menyaksikan hanya bergantung kepada 14 pemain saja
untuk menggalas cabaran di Vietnam.

“Bagi saya pujian wajar
diberi kepada pemain kerana mereka tidak pernah panik ketika berdepan
tekanan termasuk ketika di Vietnam,” kata Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum