Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Siapa pilihan Selangor?

View previous topic View next topic Go down

Siapa pilihan Selangor?

Post by Park Deen on Sat Oct 27, 2012 9:21 am

Siapa pilihan Selangor? (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my





TEKA-TEKI berhubung siapa penyerang import baharu Selangor masih belum terjawab.

Sebelum ini, jodoh penyerang import, Bosko Balaban dilihat
seakan-akan sudah pun ternoktah gara-gara dikatakan enggan memperbaharui
kontraknya bersama skuad Gergasi Merah itu musim depan.

Disebabkan itu, nama beberapa penyerang import mula meniti di bibir
peminat fanatik Selangor biarpun masa depan Balaban masih belum
diputuskan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Antara yang dikaitkan bakal menjadi mesin pencetak gol baharu Gergasi
Merah musim depan termasuklah peledak Terengganu, Francis Forkey Doe.

Penyerang kebangsaan Vietnam, Le Cong Vinh juga antara calon-calon yang disebut menerajui jentera serangan Selangor musim depan.

Kredibiliti Forkey Doe sememangnya tidak boleh dipertikai berdasarkan
reputasinya yang muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan
15 gol.

Nama Cong Vinh juga bukan asing buat peminat bola sepak tempatan
apabila meledak satu gol semasa membantu Vietnam menewaskan Harimau
Malaya 2-0 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah
Alam, 11 September lalu.

Jika kehadiran Cong Vinh ke Selangor menjadi kenyataan, ia pastinya
mengimbau sejarah lalu buat Gergasi Merah yang pernah mendapat sentuhan
penyerang import dari rantau Asia Tenggara sebelum ini iaitu Bambang
Pamungkas dari Indonesia.

Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim begitupun sebelum ini bersikap ‘mengunci mulut’ berhubung perkara itu.

“Memang ada beberapa pemain yang berkenan, tetapi masih terlalu awal untuk didedahkan kepada umum.

“Pendek kata, biarlah FAS yang mengumumkan siapa pemain baharu Selangor musim depan,” kata Irfan Bakti sebelum ini.

Terdahulu, Selangor yang kempunan mendakap sebarang piala musim ini dikatakan bakal membuat rombakan besar-besaran musim depan.

Antara bintang yang dikatakan bakal meninggalkan Selangor termasuklah
‘pakar sepakan percuma’, Safiq Rahim yang dikhabarkan menyertai Johor
sementara penyerang veteran, Amri Yahyah juga dikatakan ‘bertukar angin’
menyertai Selangor PKNS musim depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum