Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ELAK kahwin suami orang

View previous topic View next topic Go down

ELAK kahwin suami orang

Post by Park Deen on Wed Oct 17, 2012 5:07 am

ELAK kahwin suami orang (KOSMO)









MELIHAT kehidupan penyampai radio popular Rozlinda Onn atau nama glamornya Linda Onn, semuanya kelihatan serba lengkap.

Bekerja tetap sebagai penyampai radio Suria FM, memiliki bakat dalam
bidang pengacaraan dan lakonan bahkan juga memiliki deretan perniagaan
yang berjaya.

Namun dalam kesibukan dirinya, Linda sedar usianya yang kini
menjangkau angka 34 tahun sedang mengejarnya untuknya segera menamatkan
zaman bujang.

Bahkan Linda yang ditemui ketika Kosmo! mengikuti rombongan Suria FM
dalam program Santai Sabah bersamanya dan Farish Aziz pada awal bulan
ini, dia amat berharap supaya jodohnya tiba dalam masa terdekat.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran bila saya harus kahwin,
tetapi saya amat berharap dalam masa terdekat. Jika jodoh itu tiba,
memang saya akan berkahwin juga," jawabnya.

Getus Linda, dia bukanlah seorang wanita yang cerewet dalam mencari
calon suami. Malah tidak meletakkan sebarang piawaian yang ketat namun
syarat utamanya, lelaki itu haruslah bukan suami orang.

"Rasanya semua wanita ingin elakkan mengambil suami orang, itu syarat
yang paling penting. Selain itu, saya mencari lelaki yang sedap mata
memandang, baik hati budi, beragama dan rapat dengan keluarga," katanya.

Disoal sudahkah hatinya ditambat oleh mana-mana jejaka, hanya senyuman yang terukir di bibirnya, lantas menggelengkan kepala.

"Saya ada berkawan dengan beberapa orang (lelaki), tetapi yang serius
belum ada lagi. Bukan tidak mahu, tetapi selepas apa yang pernah
berlaku terhadap saya sebelum ini, membuatkan saya lebih berhati-hati.

"Saya akui bimbang jika dikecewakan dan harus bersedih lagi kerana
lelaki. Kalau boleh saya tidak mahu menangis lagi, cukuplah dengan apa
yang saya sudah lalui," balasnya dalam nada serius.

Belum berkahwin pada usia 34 tahun tidak membuatkan Linda berasa
terasing atau berbeza daripada wanita lain kerana dia kini cukup bahagia
dengan kehidupannya.

"Bila tengok rakan seusia sudah berkeluarga, saya tidak pernah rasa
kasihan pada diri sendiri kerana saya cukup bahagia dengan apa yang saya
miliki hari ini, kerja, perniagaan dan keluarga.

"Kadangkala, saya pula berasa kasihan kepada rakan saya yang dilihat
sempurna daripada segala segi. Mereka ada keluarga dan anak-anak, tetapi
mempunyai masalah dengan rumah tangga. Apa pun saya tetap akan
berkahwin, bila dan dengan siapa, saya sendiri tidak tahu," tuturnya.

Buang kontroversi



LINDA tidak ketinggalan menikmati keenakan juadah masyarakat Kadazan Dusun di Kampung Budaya Mari-Mari.




Nama Linda sebelum ini memang sarat dengan kontroversi namun sejak
berhijrah ke Suria FM tiga tahun yang lalu, namanya kini bersih daripada
sebarang kontroversi negatif.

Katanya, kehidupan yang dilaluinya kini cukup tenang, namun, sebagai
seorang selebriti dia juga sedar kontroversi itulah yang membuatkan
dirinya popular.

Saya sedar hakikat, baik buruk publisiti yang diterima, ia tetap
publisiti. Bagaimanapun kerja dalam bidang hiburan kadangkala saya tidak
dapat elakkan daripada kontroversi itu terjadi.

Jika kontroversi datang lagi, saya terpaksa harunginya ,tetapi
sekarang ia umpama kacang (senang) kerana saya telah melalui kontroversi
yang sangat besar dan membebankan. Harap kontroversi tidak akan berlaku
lagi," katanya.

Bercakap soal kerjayanya, Linda yang ke udara setiap petang dalam segmen Ceria Petang pada pukul 4 petang hingga 8 malam di Suria FM, mengaku kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon tidak serancak dahulu.

Jelas Linda, dia bukan menolak tawaran, tetapi disebabkan kesibukan
kerja serta tiada tawaran lakonan yang berkenan di hatinya. Itu yang
membuatkan dirinya memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu.

"Sebenarnya saya ada dapat beberapa tawaran berlakon, tetapi selepas
membaca skrip, saya dapati wataknya tidak sesuai dan skripnya tidak
menarik. Itu yang membuatkan saya tidak berlakon.

"Kalau boleh saya mahukan watak tidak kira baik atau jahat, tetapi
saya menjadi punca segala yang berlaku dalam filem itu," luahnya yang
telah berlakon dalam lima buah filem dan beberapa buah drama.

Selain itu, Linda juga menjadi pengacara untuk sebuah program
penjagaan kecantikan berjudul Belaian Jiwa yang sedang dalam proses
rakaman dan bakal ditayangkan di TV3.

Santai Sabah

Saban tahun, Linda akan memastikan dirinya berehat dengan bercuti di
dalam atau luar negara. Justeru, tawaran untuk melancong sekitar Sabah
dalam program Santai Sabah disambut baik olehnya.

Program yang turut disertai oleh penyampai radio Suria FM Sabah,
Farish Aziz bermula pada 4 Oktober sehingga 7 Oktober lalu ditaja
sepenuhnya oleh pihak Sabah Tourism Board.

Meskipun melancong, Linda dan Farish akan membuat lintas langsung
daripada setiap lokasi lawatan. Antara destinasi menarik yang dilawati
sepanjang di Sabah seperti Taman Kinabalu, Kundasang, Poring Hot Spring,
Pulau Sapi, Pulau Manukan, Kampung Budaya Mari-Mari, Pasar Filipina dan
Pasar Ahad Gaya Street.

"Saya seorang yang suka melancong. Kali ini, walaupun berkesempatan berehat tetapi program Santai Sabah merupakan kerja.

"Bagi saya, Sabah mempunyai banyak destinasi pelancongan yang
menarik. Destinasi paling saya suka sudah tentunya lawatan ke
pulau-pulau," katanya yang telah beberapa kali melancong ke Eropah.



LINDA dan Farish serta kru Suria FM
yang menyertai mereka berdua untuk program Santai Sabah bergambar
bersama kaum Kadazan Dusun di Kampung Budaya Mari-Mari, di Kota
Kinabalu, Sabah.




Tidak hanya menikmati keindahan Pulau Sapi dan Pulau Manukan yang
mengambil masa 15 minit perjalanan dari jeti Sutera Harbour Marina,
Linda, Farish dan pihak media berpeluang melakukan aktiviti snorkeling
dan berjalan di dalam laut.

"Laut di Sabah memang sangat cantik, saya suka snorkeling, sekarang
kulit sudah hitam sedikit sebab berjemur di laut. Selain itu, ketika
berada di sekitar Gunung Kinabalu, saya terasa seperti bercuti di luar
negara kerana keadaan cuacanya yang sungguh sejuk dan pemandangan yang
sangat cantik.

"Jika diberi peluang dan masa, saya akan melawat Sabah lagi dan
menjelajah ke destinasi lain pula," katanya yang pernah ke Pulau Redang,
Langkawi, Tioman dan Pangkor.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum