Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Piala Malaysia Akan Diarak Ke Seluruh Negeri Sembilan Mulai 10 Nov

View previous topic View next topic Go down

Piala Malaysia Akan Diarak Ke Seluruh Negeri Sembilan Mulai 10 Nov

Post by Baggio on Tue Nov 08, 2011 3:25 am

06 November, 2011 15:20 PM


SEREMBAN, 6 Nov (Bernama) -- Penduduk Negeri Sembilan yang masih bergembira dengan kejayaan skuad bola sepak negeri itu menjuarai Piala Malaysia 2011 pada 29 Okt lepas berpeluang melihat piala itu dengan lebih dekat apabila ia akan mula diarak ke seluruh daerah mulai 10 Nov ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Abd Halim Abd Latif berkata piala itu akan mula diarak di Dataran Rembau (10 Nov), Bagan Pinang, Port Dickson (11 Nov), Dataran Tampin (12 Nov), Mini Stadium Kuala Klawang, Jelebu (14 Nov) dan Mini Stadium Kuala Pilah (15 Nov).

Padang Awam Bahau, Jempol (16 Nov), Dataran Gemas (17 Nov) dan Dewan Orang Ramai Rantau (19 Nov) sebelum berakhir di Dataran Senawang, Seremban (23 Nov).

Negeri Sembilan memenangi kejohanan Piala Malaysia edisi ke-85 selepas mengalahkan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Abd Halim yang juga pengurus pasukan skuad Rusa berkata semua program perarakan piala itu akan bermula pada pukul 2.30 petang manakala rombongan pegawai dan pemain skuad Rusa akan sampai ke lokasi yang dijadualkan pada pukul 5 petang.

Sementara itu, katanya Negeri Sembilan akan menentang pasukan kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal pada perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada pukul 8.45 malam Selasa ini.

-- BERNAMA

Baggio
Ahli Baru
Ahli Baru

Negeri :
Posts : 2
Points : 6
Reputation : 0
Join date : 08/11/2011

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum