Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tom Cruise tinggalkan Scientology

View previous topic View next topic Go down

Tom Cruise tinggalkan Scientology

Post by Park Deen on Wed Oct 17, 2012 5:03 am

Tom Cruise tinggalkan Scientology (KOSMO)





TOM CRUISE



AKTOR kacak, Tom Cruise dikhabarkan akan meninggalkan agama
anutannya, Scientology demi memenangi semula hati bekas isterinya, Katie
Holmes.

"Sekarang, dia sudah kehilangan perkara paling berharga dalam
hidupnya dan dia melihat fahaman Scientology tidak menjejaskan reputasi
kariernya. Malangnya, agama yang menjadi ikutannya itu telah membuat dia
berakhir dengan dua penceraian!

"Ia seperti kebangkitan semula Cruise yang sangat dahsyat apabila
Holmes menghantar dokumen perceraian baru-baru ini. Dia kini sangat
menderita," ujar sumber terdekat Cruise kepada majalah People.

Aktor tersebut mula menganut agama Scientology pada tahun 1990
apabila dia mengahwini isteri pertamanya, Mimi Rogers. Selepas berpisah
dengan Rogers, dia berkahwin pula dengan aktres Nicole Kidman, tetapi
perkahwinan kedua itu juga berkecai dan dikatakan ia berpunca daripada
fahaman agamanya itu.

"Dia sudah kehilangan Kidman dan sekarang isterinya (Holmes) serta
anak perempuannya (Suri). Dia selalu menggunakan teknik Scientology,
namun baru kini dia sedar ia tidak berkesan dalam hubungan
perkahwinannya," ujar sumber tersebut itu lagi.

Malah, sumber tersebut sempat memberitahu kebarangkalian Holmes mahu
kembali bersama Cruise agak besar sekiranya aktor tersebut meninggalkan
agama tersebut.

Katanya: "Jika Cruise betul-betul meninggalkan agama itu, Holmes akan
mempertimbangkan semula keputusannya. Cruise merupakan impiannya sejak
kecil. Dia pasti memerlukan kekuatan untuk meninggalkan Cruise."
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum