Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tetap mahu ratah Sydney FC

View previous topic View next topic Go down

Tetap mahu ratah Sydney FC

Post by Park Deen on Wed Oct 17, 2012 4:35 am

Tetap mahu ratah Sydney FC (KOSMO)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BARISAN pemain Harimau Muda tidak akan membiarkan gawang mereka dirobek oleh Sydney FC hari ini.




SLOT separuh akhir kejohanan jemputan Newspaper Cup di Vietnam sudah pun berada di depan mata skuad Harimau Muda.

Selepas menewaskan Laos 4-2 dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B,
Sabtu lalu, skuad kendalian Ong Kim Swee akhirnya sah ke separuh akhir
tanpa menunggu aksi kedua menentang Sydney FC petang ini. Ia ekoran
kejayaan Sydney FC menjinakkan Laos 2-1 kelmarin, sekali gus memadam
cabaran Laos dalam kejohanan kali ini.

Begitupun, Kim Swee tetap mahu anak- anak buahnya melakar keputusan yang baik ketika berdepan Sydney FC petang ini.

Katanya, bagi mengekalkan momentum persembahan pemain menjelang aksi separuh akhir, Jumaat ini.

“Dengan musibah kecederaan pemain serta ketiadaan pemain utama kali
ini, kemampuan mara ke separuh akhir sememangnya dianggap satu kejayaan.

“Saya tidak begitu memikirkan siapa lawan kami pada separuh akhir nanti.

“Bagi saya, Vietnam, Singapura dan Thailand di Kumpulan A merupakan
pasukan yang kuat, mereka memiliki peluang yang seimbang untuk ke
separuh akhir.

“Jadi, saya harap pemain dapat melakar keputusan yang baik ke atas
Sydney FC terlebih dahulu sebelum mencongak peluang ke pentas final,”
kata Kim Swee.

Begitupun, ia bukan satu tugas mudah memandangkan pemain sayap,
Fandi Othman sah diketepikan terus daripada kejohanan kali ini gara-gara
kecederaan.

“Kecederaan Fandi lebih teruk daripada dijangka, jadi saya terpaksa melupakan khidmatnya kali ini.

“Selain itu, prestasi Irfan Fazail dan Syazwan Tajuddin juga masih meragukan gara-gara kecederaan,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga membayangkan bakal merombak benteng
pertahanannya yang dilihat agak goyah ketika berdepan Laos tempoh hari,
selain berharap jentera penyudah yang diterajui A. Thamil Arasu dan
Ahmad Hazwan Bakri dapat merobek gawang Sydney FC hari ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum