Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Azraai jurulatih baharu Perak

Go down

Azraai jurulatih baharu Perak

Post by Park Deen on Wed Oct 17, 2012 4:30 am

Azraai jurulatih baharu Perak (kOSMO)



Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my





MOHD. Azraai Khor Abdullah (gambar), 59, bakal menjadi ketua
jurulatih Perak bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi
Paharudin berkata, Perak sudah mengemukakan tawaran kepada Azraai untuk
menyandang jawatan tersebut.

“Azraai sudah menyatakan persetujuannya untuk menerajui skuad
Seladang tetapi perlu menghabiskan kontraknya dengan Negeri Sembilan
sehingga 31 November ini,” jelas Zainol selepas mesyuarat eksekutif Pafa
di pejabat persatuan itu di Ipoh lewat malam kelmarin.

Katanya, Pafa akan meminta Azraai menyelesaikan beberapa perkara
termasuk kontraknya dengan Negeri Sembilan sebelum melatih skuad
Seladang.

“Majlis eksekutif Pafa juga bersetuju dan memberi sokongan atas pengambilan Azraai bagi menggantikan Jang Jung,” tambahnya.

Jurulatih yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu dijangka menyertai pemain Perak pada awal Disember depan.

Pemilihan Azraai menamatkan teka teki yang berlegar-legar dalam
kalangan penyokong Kejor Yeop Kejor mengenai siapa yang akan menjadi
ketua jurulatih Perak bagi musim depan.

Sebelum ini, Jang Jung yang menjadi ketua jurulatih Perak dalam
saingan Piala Malaysia dikatakan akan menerajui skuad Seladang bagi
musim 2013.

Presiden Pafa pernah berkata, enam jurulatih tempatan dan luar negeri
turut menyatakan hasrat bagi menerajui skuad Seladang musim depan.

Bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar telah melatih Perak selama dua musim sehingga akhir Julai lalu.

Sentuhan Norizan berjaya membawa Perak menduduki tangga keempat Liga Super musim ini.

Azraai pula telah membawa Negeri Sembilan menduduki tangga kesembilan liga dan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Selain itu, Azraai pernah mencatat sejarah gemilang bersama Kedah pada tahun 2004 dan 2009 yang lalu.

“Majlis Eksekutif Pafa turut melantik Chong Yee Fatt dan jurulatih
Piala Belia, Syamsol Saad sebagai pembantu Azraai,” kata Zainol.

Yee Fatt merupakan penolong kepada Norizan pada tahun 2011 dan 2012
serta penolong kepada Jang Jung dalam aksi Piala Malaysia yang lalu.

Zainol memberitahu bahawa Timbalan Presiden Pafa, Khairul Azwan Harun
dilantik sebagai pengurus pasukan dan Naib Presiden II, Isham
Shahruddin pula sebagai penolong pengurus.

Seramai sepuluh pemain Perak di bawah pengawasan Yee Fatt telah memulakan latihan di Stadium Perak, Ipoh sejak kelmarin.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Azraai jurulatih baharu Perak

Post by Park Deen on Sat Oct 27, 2012 12:35 pm

Semakin dekat ni...bila nak mai Kedah balik he...
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum