Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Akui pernah merajuk

View previous topic View next topic Go down

Akui pernah merajuk

Post by Park Deen on Tue Oct 16, 2012 3:55 am

Akui pernah merajuk (Kosmo)









BIARPUN tampil dengan imej bertudung sejak awal kemunculannya dalam
bidang seni, ternyata pelakon Rafidah Ibrahim tidak dapat mengelak
daripada terjebak dengan kisah-kisah panas yang menjadi lumrah dalam
kehidupan seorang artis.

Kontroversi Rafidah atau mesra dipanggil Fida bermula apabila
gambarnya yang tidak bertudung tersebar di internet yang berpunca
daripada perbuatan bekas kekasihnya iaitu Mamat Sepah sehingga
mengakibatkan hubungan mereka berakhir.

Tidak lama kemudian, pelakon yang berusia 28 tahun itu dikatakan pula
sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan bertaraf
VIP serta menjadi isteri kedua.

Terkini, menerusi akaun Twitternya pelakon itu membuat pengakuan
bahawa dia mahu berhijrah ke Indonesia, sekali gus membuatkan para
peminatnya terkejut dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Berkesempatan bertemu Fida sewaktu siri jelajah Anugerah Skrin 2012
yang berlangsung di Gurney Plaza, Pulau Pinang baru-baru ini, dia lantas
menjelaskan maksud di sebalik kenyataan tersebut.

"Ya, saya pernah berhasrat untuk berhijrah ke Indonesia semasa bulan
Ramadan yang lalu dan itu yang menyebabkan saya membuat kenyataan di
laman Twitter.

"Apabila difikirkan semasak-masaknya serta dinasihatkan oleh beberapa
orang rakan, akhirnya saya membatalkan hasrat tersebut. Lagipun pada
masa itu Hari Raya Aidilfitri juga semakin hampir dan seelok-eloknya
saya terus bersama keluarga," jelasnya.

Ditanya apakah punca dia membuat keputusan sedemikian, pelakon yang membintangi drama bersiri Runtun Qalbu itu mengakui bahawa dia sebenarnya merajuk sehingga mahu membawa diri ke Indonesia.

Bagaimanapun, Fida tidak mahu membuka mulut serta enggan menjelaskan
perkara yang sebenar punca membuatkan dirinya merajuk, meskipun diasak
berulang-ulang kali.

"Tidak perlulah ditanyakan punca saya merajuk memandangkan saya masih
belum bersedia untuk bercerita mengenainya buat masa sekarang. Apa yang
boleh saya katakan, rajuk saya itu tidak berkaitan dengan industri
hiburan, sebaliknya ia lebih bersifat peribadi.

"Kalau boleh biarlah ia terus menjadi rahsia dan saya anggap semua
yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kini, biarlah saya memberi
sepenuh tumpuan kepada kerjaya seni," ujarnya sambil menafikan segala
yang terjadi berpunca daripada insan bergelar lelaki.

Namun begitu, Fida memberitahu hasrat untuk ke Indonesia masih lagi
ada terutamanya untuk melebarkan sayap perniagaan minuman kesihatan Teh
Misai Kucing yang sedang dijalankannya sekarang.



SELAIN sedang hangat dengan
drama rantaian Runtun Qalbu, Fida kini muncul dengan sebuah single
bersama Datuk AC Mizal dan Stella Band menerusi lagu yang disusun
semula, Apo Kono Eh Jang.



Menurut Fida, dia mula menjalankan perniagaan tersebut sejak bulan
Mei lalu ketika menyertai program Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya dan
kini dia berusaha mengembangkan lagi perniagaannya itu.

"Sebelum ini saya pernah menjalankan perniagaan tudung, tetapi ia
tidak dapat diteruskan setelah berdepan beberapa masalah. Kini saya
beralih pula dengan perniagaan sekarang.

"Pada mulanya saya sekadar menjadi pengguna biasa minuman Teh Misai
Kucing ini, namun setelah mendapati minuman tersebut mengandungi
pelbagai khasiat, saya membuat keputusan untuk menjualnya pula,"
ujarnya.

Masih berkawan

Sebelum ini Fida pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak
Mamat Sepah pada tahun lalu, tetapi kini kisah cinta mereka sudah
berakhir dan tinggal menjadi sejarah buat mereka berdua.

Walauapun tidak lagi menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan
pelawak berkenaan, Fida menyatakan hubungan mereka sekarang tidak lebih
daripada seorang kawan.

"Rasanya tidak salah kalau kami terus berkawan seperti biasa,
meskipun dia sekarang merupakan bekas kekasih saya. Lagipun tidak guna
kalau kami terus bergaduh dan bermusuh.

"Sekarang ini kami lebih selesa dalam hubungan sebagai kawan dan apa
yang berlaku antara saya dan Mamat dahulu biarlah menjadi pengalaman dan
pengajaran yang berguna," ujarnya.

Mengenai status dirinya sekarang setelah menafikan pernah mendirikan
rumah tangga, pelakon berkenaan menyatakan dia sekarang masih lagi tidak
mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

"Biarlah saya beri lebih tumpuan kepada kerjaya sekarang memandangkan
rezeki dalam bidang seni semakin banyak. Lagipun, jadual harian saya
bertambah padat kerana kini saya sudah mula berjinak-jinak dengan
nyanyian dan baru sahaja menghasilkan single terbaharu," ujarnya.

Nafas baharu

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai single terbaharunya iaitu Apo Kono Eh Jang, Fida menyatakan dia baru selesai menjalani penggambaran klip video lagu tersebut pada 13 Oktober lalu.

Menurut Fida, menerusi lagu yang pernah dipopularkan oleh Ally Noor
dan Mastura itu, dia turut menjalinkan kerjasama dengan Datuk AC Mizal
dan Stella Band.

"Komposer Sheikh Qalam merupakan individu yang telah memberi idea
untuk merakamkan semula lagu ini setelah kami melakukan perbincangan
bersama apabila saya menyatakan hasrat mahu menghasilkan single baharu.

"Beliau juga memainkan peranan membuat susunan muzik semula dan
memberi nafas baharu dan lagu ini sudah siap dirakamkan dua bulan lalu.
Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan ia
memberi kelainan berbanding lagu asal," jelasnya.

Ujarnya, single terbaharunya itu sudah pun mula diputarkan di
beberapa buah stesen radio popular dan gembira kerana ia mendapat maklum
balas yang positif daripada para peminatnya.



FIDA tidak mahu memikirkan
soal cinta selepas putus cinta dengan pelawak Mamat Sepah. Dia mahu
memberi fokus terhadap kariernya yang semakin berkembang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum