Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sama tapi tak serupa

View previous topic View next topic Go down

Sama tapi tak serupa

Post by Park Deen on Tue Oct 16, 2012 3:54 am

Sama tapi tak serupa (Kosmo)





ADI menegaskan keintimannya dengan Nora sekadar untuk merealisasikan produksi lakonan mereka.



FILEM Aku Terima Nikahnya lakonan Adi Putra dan Nora Danish kini
sedang hangat ditayangkan di pawagam. Sebaik ia ditayangkan, ada
beberapa perkara yang dibangkitkan pihak media serta audiens.

Ia adalah tentang persamaan filem tersebut dengan sebuah filem
Hollywood berjudul, The Vow serta adegan yang agak intim antara Adi dan
Nora.

Aku Terima Nikahnya mengisahkan Johan (lakonan Adi Putra) dan Arlisa
(Nora Danish) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga telah berhadapan
dugaan terbesar apabila Johan mengalami kemalangan.

Akibat kemalangan tersebut, Johan telah hilang ingatan dan disahkan
mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai Selective Amnesia. Ia
menyebabkan Johan sekadar mengingati perkara yang berlaku sehingga
usianya 31 tahun, iaitu dua tahun sebelum dia mengenali isterinya itu.

Jalan cerita tersebut didakwa mempunyai persamaan yang begitu ketara
dengan filem The Vow lakonan Rachel McAdams dan Channing Tatum.

Perbezaannya, dalam The Vow yang ditayangkan pada Februari tahun ini,
bukan watak suami (lakonan Tatum) tetapi sebaliknya karakter si isteri
(McAdams) yang hilang ingatan.

Menjawab persoalan tersebut, pengarah Aku Terima Nikahnya, Eyra
Rahman dengan tegas berkata, jalan cerita kedua-dua filem berkenaan jauh
berbeza. Bagaimanapun, dia mengakui persamaan yang wujud adalah dari
segi konsep cerita.

"Saya tahu mereka yang menonton filem ini pastinya akan membandingkan
dengan filem The Vow. Saya akui konsep cerita memang sama, tetapi
bukanlah meniru keseluruhan jalan ceritanya.

"Menerusi The Vow, yang hilang ingatan ialah watak isteri. Dalam Aku
Terima Nikahnya pula, si suami yang mengalami hilang ingatan. Namun,
jalan cerita yang dipaparkan memang jauh berbeza," jelasnya tentang
filem yang menjalani penggambaran selama 18 hari dengan kos sekitar
RM1.8 juta di beberapa buah lokasi seperti Kuala Lumpur, Seremban dan
Port Dickson, Negeri Sembilan itu.

Gandingan mantap

Menurut Eyra lagi, biar apa sahaja pandangan khalayak, dia menerima
dengan hati terbuka kerana ia merupakan buah tangan sulungnya di layar
perak.

Malah, dia sangat berpuas hati dengan hasil cerita tersebut selain
yakin mampu menambat hati penonton dengan lakonan para pelakon yang
memberangsangkan.

Ditanya tentang pemilihan Adi dan Nora sebagai teraju utama filem
tersebut, Eyra menjelaskan ia dibuat berdasarkan perbincangan yang telah
dilakukan dan menganggap ia merupakan gandingan yang cukup mantap.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan lakonan yang
ditampilkan memandangkan kedua-duanya telah membawakan watak yang
diberikan dengan baik," ujarnya yang pernah menjadi penolong pengarah
beberapa buah filem seperti Rempit V3, Sekali Lagi dan Senario Beach
Boy.

Sementara itu, Adi dengan penuh terbuka menjawab persoalan tentang adegan intim dan romantik antara dirinya dengan Nora.

Menganggap sudah begitu serasi dengan pelakon jelita tersebut,
termasuk untuk adegan romantik kerana mereka pernah membawa watak
sebagai suami isteri dalam drama rantaian Tentang Dhia, kata Adi, dia
melihat adegan romantik mereka itu sekadar satu lakonan.

"Saya melihat ia (adegan romantik) sebagai satu keperluan cerita dan
sudah menjadi tanggungjawab buat saya melaksanakannya dengan baik.

"Malah, salah satu sebab saya menerima tawaran berlakon dalam filem
ini juga adalah kerana jalan cerita romantiknya yang lain daripada
lain," ujar Adi yang mengaku pada awalnya tidak tahu siapa heroin filem
tersebut.

Tambahnya, selain menganggap ia sebagai satu tanggungjawab pelakon,
paling utama, isterinya, Aida, faham dengan tanggungjawabnya sebagai
pelakon yang perlu terbabit dengan adegan romantik dalam filem ke-66
terbitan Metrowealth Sdn. Bhd. itu.

"Apabila berlakon dalam filem ini semua pihak terutamanya isteri
faham dengan watak yang dibawakan dan saya sekadar menjalankan tugas
sebagai pelakon. Jadi, tidak timbul sebarang isu termasuk membabitkan
cinta di lokasi," jelasnya yang sebelum ini didakwa hampir bercerai
dengan isterinya kerana Nora.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum