Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pemain Kelantan di janji lot rumah

View previous topic View next topic Go down

Pemain Kelantan di janji lot rumah

Post by Park Deen on Tue Oct 16, 2012 3:42 am

Pemain Kelantan di janji lot rumah (Kosmo)



Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


ANNUAR (dua dari kiri) bersama pemain dan pegawai skuad Kelantan selepas majlis penyerahan insentif di Kota Bharu semalam.




MISI memburu gelaran treble terus mencengkam semangat para pemain The Red Warriors apabila mereka dijanjikan imbuhan cukup lumayan jika berjaya membawa pulang piala ketiga, Piala Malaysia, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan, setiap pemain The Red Warriors bakal dianugerahkan satu lot rumah yang dianggarkan bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000.

Menurutnya, ganjaran yang bakal diberikan bertindak sebagai motivasi
dalam usaha Kelantan mencipta sejarah baharu bola sepak negeri itu untuk
merangkul tiga piala dalam satu musim.

"Peluang untuk merangkul tiga kejuaraan semusim barangkali tidak selalu datang, mungkin sekali dalam 100 tahun.

"Kadang-kadang kita menang satu piala tetapi kali ini adalah peluang
untuk kita menguasai semua kejuaraan yang ada dalam bola sepak negara.

"Justeru, KAFA bersetuju untuk memberikan para pemain ganjaran yang mereka boleh kenang sampai bila-bila.

"Ia melibatkan peruntukan bernilai hampir RM2 juta," katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun tambahnya, lokasi lot-lot rumah berkenaan, konsep dan
pembahagiannya akan ditentukan kelak oleh pihak pengurusan selepas
mereka berjaya menjalankan misi tersebut.

Katanya, ganjaran kini bukan lagi dalam bentuk wang kerana para
pemain sudah mendapat banyak insentif daripada segi wang ringgit dan
pihak pengurusan mahu memberikan sesuatu yang lebih bernilai sesuai
dengan pengorbanan yang mereka lakukan.

"Apa yang kita fikirkan adalah untuk kebaikan para pemain kerana
ramai pemain yang belum memiliki rumah, keluarga mereka belum memiliki
rumah dan ada yang masih menyewa. Saya fikir ini juga baik untuk
pemain-pemain muda terutamanya untuk memiliki aset.

"Saya juga suka untuk menasihati pihak-pihak yang ingin menyumbang
kepada pemain supaya merujuk kepada KAFA agar pengurusannya menjadi
lebih baik dan teratur," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Annuar juga turut menyampaikan imbuhan
bernilai RM125,000 kepada semua pemain Kelantan selepas mereka berjaya
layak ke perlawanan akhir menewaskan Selangor pada saingan separuh akhir
Piala Malaysia lalu.

Sebelum ini, para pemain Kelantan sudah menerima insentif bernilai
RM75,000 selepas mereka berjaya menewaskan Felda United pada saingan
suku akhir Piala Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan insentif yang
diberikan kepada RM200,000.

"Saya mahu tengok para pemain menyertai perlawanan akhir tanpa
sebarang halangan dan gangguan serta mahu mereka fokus kepada
permainan," jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum