Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Habuan menanti pemain Kelantan

View previous topic View next topic Go down

Habuan menanti pemain Kelantan

Post by Park Deen on Mon Oct 15, 2012 8:47 am

Habuan menanti pemain Kelantan (Kosmo)



Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my






GANJARAN istimewa menanti para pemain Kelantan sekiranya mereka
berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa
(gambar) berkata, ganjaran istimewa tersebut akan diumumkan oleh beliau
selepas mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis Kafa di Kota Bharu hari
ini.

“Esok (hari ini) kita akan umumkan bentuk ganjaran tersebut setelah
pihak pengurusan mendengar syor-syor yang akan saya kemukakan. Ini
adalah satu bentuk penghargaan yang besar dan belum pernah diberikan
kepada mana-mana pemain di negara ini.

“Layak ke separuh akhir dan akhir, Kafa memperuntukkan insentif
berjumlah RM200,000. Sebanyak RM75,000 telah diagihkan sebelum ini dan
selebihnya RM125,000 akan diberikan kepada pemain esok (hari ini),”
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dan
Penyampaian Barangan Kepada Peserta Azam Tani Peringkat Parlimen Ketereh
dekat Kota Bharu semalam.

Tambahnya, inilah masa untuk pemain The Red Warriors mencipta sejarah
tersebut memandangkan mereka berada di landasan tepat untuk
melakukannya.

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, Kafa akan melangkah
setapak lagi ke hadapan musim hadapan apabila pasukan Kelantan akan
diuruskan oleh sebuah syarikat yang berdaftar iaitu The Red
Warriors.Com.

Katanya, langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan lagi pasukan
dan akan diuruskan oleh seorang ketua pegawai eksekutif yang akan
mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di peringkat
tempatan mahupun antarabangsa.

“Pengurusan Kafa tidak boleh dibuat secara sambilan, jadi sebab
itulah kita menubuhkan syarikat ini bagi memudahkan sistem pengurusan
dijalankan secara sempurna.

“Syarikat ini akan berpangkalan di Kuala Lumpur yang akan menguruskan
pelbagai aspek termasuklah penajaan dan barangan cenderamata. Ini
adalah salah satu pembaharuan yang dibuat dalam memperkasakan lagi The
Red Warriors.

“Begitu juga dengan penajaan bagi musim hadapan. Untuk musim hadapan
kita akan mencari penajaan yang mempunyai misi global seiring dengan
jenama The Red Warriors yang beraksi di peringkat antarabangsa,”
tegasnya.

Dalam perkembangan lain, hampir semua pemain Kelantan akan kekal bersama pasukan untuk saingan liga musim hadapan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum