Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Marzuki Yusof

View previous topic View next topic Go down

Marzuki Yusof

Post by Park Deen on Tue Nov 08, 2011 2:51 am




‘Hentikan spekulasi’
Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

“SAYA menafikan sekeras-kerasnya akan berhijrah ke Selangor, sebaliknya akan terus kekal bersama skuad Penyu,” kata kapten Terengganu, Marzuki Yusof yang terkejut mengenai dakwaan menyatakan dia bakal mengikut jejak bekas jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim musim depan.

Menurut Marzuki, perkara itu sepatutnya tidak timbul kerana dia sudah menyatakan persetujuan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh, dua hari selepas final Piala
Malaysia untuk kekal musim depan.

Katanya, dia hairan bagaimana isu itu timbul, sedangkan ketika perjumpaan awal pemain dengan Che Mat, dia tidak langsung mempunyai niat untuk berhijrah, malah tidak menyatakan isu perpindahan.

“Jadi dengan penjelasan ini, saya harap spekulasi mengaitkan saya akan ke Selangor sudah terjawab dan meminta mereka yang menyebarkan khabar angin ini supaya hentikan segera demi kebaikan pasukan.

“Selain itu, saya juga berharap mereka yang tidak berpuas hati dengan penjelasan mengaitkan saya dengan Irfan Bakti supaya berhubung dengan PBSNT bagi mengelak sebarang kekeruhan,” kata pemain berusia 30 tahun
itu.

Sebelum ini, selain Marzuki, turut dikaitkan dengan isu perpindahan adalah beberapa pemain utama skuad itu, namun Che Mat enggan melepaskan mereka walaupun minta dilepaskan.

Mengenai kecaman kira-kira kira-kira 1,000 penyokong tegar Terengganu yang mahukan penyusunan semula PBSNT serta meminta presidennya berundur, Marzuki berkata, setiap pasukan pasti mempunyai masalah tersendiri.

Katanya, seperti skuad Terengganu, kelemahan dan masalah dalaman pasukan tetap ada cuma terkejut dakwaan mengaitkan PBSNT dikatakan tidak menjaga kebajikan pemain.

“Sepanjang mewakili Terengganu, saya tidak pernah mendengar perkara itu, malah PBSNT sentiasa menjaga kebajikan dan memberi peluang kepada pemain bersemuka andainya mempunyai masalah.

“Justeru, saya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya mengadakan perjumpaan dengan PBSNT untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengelak perkara ini bertambah parah demi pembangunan bola sepak
Terengganu,” katanya.

--- HARIAN METRO
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum