Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Maafkan saya - Irfan

View previous topic View next topic Go down

Maafkan saya - Irfan

Post by Park Deen on Sun Oct 14, 2012 9:00 am

Maafkan saya - Irfan (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


IRFAN memohon maaf kepada para penyokong setia Selangor selepas gagal membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia.



"SAYA minta maaf kepada semua penyokong Selangor."Demikian reaksi
pengendali skuad Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim selepas pasukan
itu tewas 0-2 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Piala
Malaysia kelmarin.

Irfan mengakui, beliau masih kecewa kerana gagal memberikan
kemenangan kepada kira-kira 30,000 penyokong fanatik Gergasi Merah di
Stadium Shah Alam.

Kekalahan itu memberi peluang kepada skuad The Red Warriors
untuk mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menang dengan agregat
3-0 dan bakal menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di stadium yang
sama pada 20 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Irfan juga mengakui yang beliau sedih kerana gagal menamatkan 'Misi 33' bersama Selangor pada musim ini.

"Saya kecewa kerana kami gagal memenangi perlawanan malam ini
(kelmarin) meskipun stadium ini dibanjiri ramai penyokong setia
Selangor.

"Penyokong-penyokong hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan
kesayangan mereka tetapi kami tidak mempamerkan aksi yang lebih berkesan
ketika menentang Kelantan," katanya kepada pemberita selepas tamat
perlawanan kelmarin.

Bekas jurulatih Terengganu itu berkata, aksi kurang efektif barisan
tengah pasukan tersebut menjadi salah satu punca kekalahan juara 32 kali
Piala Malaysia tersebut kepada juara Liga Super musim ini.

"Kami kerap kehilangan bola di bahagian tengah dan tidak ada bantuan
daripada Solehin (Kanasian Abdullah) dan juga Rozaimi (Abdul Rahman)
yang memaksa saya terpaksa mengeluarkan pemain pinjaman itu.

"Kami juga kerap melakukan kesilapan di benteng pertahanan dan
tengah. Justeru, kami harus menerima kekalahan ini secara terbuka,"
katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum