Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Azraai tinggalkan NS

View previous topic View next topic Go down

Azraai tinggalkan NS

Post by Park Deen on Sun Oct 14, 2012 8:58 am

Azraai tinggalkan NS (Kosmo)



Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


AZRAAI mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama Negeri Sembilan yang akan berakhir November tahun ini.




TEKI-TEKI mengenai kedudukan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah akhirnya terjawab semalam.

Bekas pengendali Kedah itu mengambil keputusan untuk tidak menyambung
kontraknya bersama pasukan tersebut yang akan berakhir November tahun
ini.

Bagaimanapun Azraai berkata, keputusan untuk meninggalkan skuad Hoben
Jang Hoben bukan berpunca daripada salah faham atau konflik dengan
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

"Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk tidak
menyambung kontrak saya bersama PBNS yang akan tamat pada November
depan.

"Saya mengambil keputusan ini kerana mahu berubah angin dan bukan
disebabkan faktor lain seperti salah faham atau konflik dengan mana-mana
pihak," katanya ketika dihubungi di Seremban semalam.

Azraai berkata, beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada
para penyokong skuad Rusa yang telah memberikan sokongan tidak berbelah
bahagi selama beliau berkhidmat di bumi adat perpatih itu.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih, khususnya kepada
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan termasuk pihak pengurusan dan
semua pemain kerana telah memberi kepercayaan dan kerjasama kepada saya
untuk menggalas tanggungjawab memimpin pasukan ini.

"Saya berharap pasukan Negeri Sembilan akan lebih maju dan berjaya pada masa akan datang,'" ujarnya.

Mengulas berhubung haluannya selepas ini, Azraai memberitahu bahawa
terdapat beberapa pasukan lain sedang merisik untuk mendapatkan
khidmatnya pada musim depan.

"Nama pasukan itu saya tidak boleh maklumkan tetapi buat masa ini,
apa yang boleh saya beritahu ada tiga pasukan yang berminat untuk
mendapatkan khidmat saya," katanya.

Azraai dilantik sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan pada bulan
Mac 2011 bagi menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang mengundurkan diri.

Pada musim pertamanya bersama Negeri Sembilan, beliau berjaya membawa
skuad Hoben Jang Hoben menjulang Piala Malaysia pada tahun 2011.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan hanya mampu layak ke peringkat suku
akhir saingan Piala Malaysia selain menjulang Piala Sumbangsih musim
ini.

Sebelum ini, Azraai tetap diberi kepercayaan untuk membina semula
skuad Hoben Jang Hoben itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M)
musim depan selepas gagal mempertahankan Piala Malaysia tahun ini.

Keyakinan itu disuarakan sendiri Presiden PBNS yang juga Menteri
Besar Negeri Sembilan dalam misi membentuk sebuah pasukan yang lebih
mantap dengan persediaan dilakukan mulai sekarang.

Beliau mengakui, Azraai terpaksa membariskan ramai pemain daripada
skuad Piala Presiden berikutan kehilangan beberapa tonggak utama musim
ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum