Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Nadia Aqilah jelmaan Zaiton Sameon

View previous topic View next topic Go down

Nadia Aqilah jelmaan Zaiton Sameon

Post by Park Deen on Fri Oct 12, 2012 4:25 am

Nadia Aqilah jelmaan Zaiton Sameon (Kosmo)









BERPELUANG menonton filem biografi Zaiton Ceritaku, sebuah kisah
hidup penyanyi berstatus diva tahun 1980-an, Zaiton Sameon sesungguhnya
begitu mengujakan.

Bertempat di Cathay Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara, Kuala
Lumpur, perasaan semakin melonjak untuk mengetahui kisah hidup Zaiton,
khususnya tentang apa yang berlaku di sebalik tragedi hitam kemalangan
yang meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, 13 tahun, pada 21
Februari 1990.

Bakal menemui penonton pada 1 November ini, antara karyawan filem
ternama yang hadir memeriahkan majlis tayangan perdana filem itu pada
Selasa lalu termasuklah Datuk Yusof Haslam dan Tiara Jacquelina.

Sepanjang tayangan Zaiton Ceritaku yang turut dihadiri Zaiton Sameon
sendiri serta Nadia Aqilah Bajuri yang merealisasikan karakter Zaiton
Sameon, perasaan sebak menguasai seluruh pawagam dan semua yang sedang
menonton naskhah arahan sulung Esma Daniel itu.

Permulaan filem itu menonjolkan Nadia yang menyanyikan lagu hit
Zaiton, Kabut Serangkai Mawar sekali gus mencetuskan gambaran dan
nostalgia terhadap diva pujaan ramai pada era 1980-an itu.

Sepantas kilat emosi berubah apabila selepas itu, penonton dikejutkan
dengan kemalangan tidak diduga yang dialami Zaiton dan Azirwan ketika
dalam perjalanan pulang dari membuat persembahan di Ipoh, Perak.

Kemalangan ngeri itu berlaku di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran
Batang Kali, Selangor sehingga mengakibatkan dia kehilangan Azirwan buat
selama-lamanya dan Zaiton sendiri koma selama tiga bulan.

Emosi semakin menggila apabila putaran filem diteruskan dengan
memaparkan keadaan Zaiton yang kini terpaksa bergantung sepenuhnya
kepada ibunya, Kamariah kerana tidak dapat berjalan akibat kemalangan
itu.

Duka terus dihambat derita apabila rumah banglo Zaiton serta segala
barangan berharga telah dijual oleh kakaknya, ditambah pula dirinya
kemudian terpaksa bergelut dengan kepedihan dan kekecewaan yang berganda
selepas kematian ibunya itu akibat terkena strok.

Semua paparan tersebut nyata benar-benar menyentuh emosi jauh di lubuk hati dan nurani.

Menerusi filem itu juga, penonton didedahkan dengan fakta bahawa
Zaiton sebenarnya bukannya kurang siuman seperti sesetengah laporan
sebelum ini.

Dia sebaliknya bertarung dengan perasaan sendiri daripada mengingati
tragedi hitam yang berlaku terhadap dirinya yang tiba-tiba sahaja hilang
segala kemilau bintang diva yang pernah dikecapinya sebelum ini.

Zaiton juga terpaksa bergelut dengan keinginan dirinya yang
membuak-buak untuk ke kancah nyanyian semula walaupun ketika itu dia
sudah tidak mempunyai nilai seorang bintang lagi.



NADIA AQILAH teruja dan terharu diberi peluang menghidupkan karakter Zaiton Sameon dalam filem Zaiton Ceritaku.



Malah sungguh tragis, apabila Zaiton kemudian telah menyanyi di
sebuah gerai menjual durian untuk mendapat habuan makan durian secara
percuma.

Sebenarnya banyak lagi kisah lara Zaiton dipaparkan menerusi Zaiton Ceritaku yang begitu meruntun emosi.

Ia nyata sekali sukses direalisasikan lakonan berkesan Nadia Aqilah,
26, sebagai Zaiton yang berusia 20-an pada zaman kegemilangannya, 30-an,
40-an sehinggalah di zaman malap pada usia 50-an.

Walaupun nama Nadia masih agak asing di persada layar perak tetapi
dia sebenarnya pernah membintangi beberapa drama bersiri di kaca
televisyen seperti Tari Tirana, Emil Emelda, Sindarella dan Merah Putih.

Tabik Zaiton Sameon

Menurut Nadia, selepas disahkan memegang watak Zaiton Sameon, dia
terus meminta untuk dipertemukan dengan pelantun lagu Menaruh Harapan
itu untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang sebenarnya berlaku
kepadanya.

"Apabila jumpa Zaiton, saya tabik dengan dia, dia masih gagah berdiri
dan tetap menyanyi walaupun di kenduri kahwin. Saya tidak tahu dari
mana dia dapat semangat itu," katanya.

Ujar Nadia, dia membuat pertemuan sebanyak tiga kali dengan Zaiton
bagi menyelami dan menggali dalaman hati dan nurani wanita cekal itu.

Tambah Nadia, sepanjang pembikinan filem itu, hanya sekali, Zaiton membuat kejutan dengan muncul di set penggambaran.

"Zaiton sebenarnya seorang yang gigih, ada jiwa sebagai penyanyi,
kalau tengok filem ini kita akan faham dirinya apabila sudah menyanyi
sejak kecil, hidup kita hanya nak duduk atas pentas sahaja," katanya.

Dia juga menjelaskan, apabila menonton filem berkenaan, orang ramai
akan tahu bahawa Zaiton sebenarnya bukan seorang yang sakit jiwa.

"Bila lihat mata dia, saya tahu dirinya sakit, filem itu akan beri
penjelasan bahawa dia banyak kehilangan terutama anaknya Irwan, ketika
bersembang dengan Zaiton dia banyak sebut nama Irwan jadi saya tahu dia
sangat sayang anak tunggalnya itu," jelasnya mengakui sering menangis
apabila mengingati kisah pahit Zaiton.

Gincu tebal

Mengakui proses menghidupkan watak Zaiton adalah sesuatu yang sukar
dilakukan walaupun telah lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Nadia menganggap watak itu sebagai satu cabaran terhadap dirinya dan sememangnya dia menyukai cabaran sedemikian.

"Ketika menjiwai watak itu, saya rasa tenang sangat bukan seperti
pegang watak lain, biasanya akan ada tekanan untuk membawa sesuatu watak
bukan untuk watak ini," tambahnya.

Ujarnya, dia juga sering terbawa-bawa pembawaan Zaiton di luar set
sehingga ditegur oleh beberapa artis senior lain yang turut berlakon
dengannya.

"Kalau di rumah pula, saya suka pakai gincu tebal seperti Zaiton
hingga membuatkan adik tegur saya dan banyak lagi perkara lain yang
membuatkan watak itu sudah sebati dengan diri saya," jelasnya.

Nadia berkata, ketika bertemu dengan Zaiton beberapa kali dia
mendapati wanita itu sering bercakap perkara yang sama berulang kali dan
di situ dia tahu bahawa Zaiton menerima impak yang teruk terhadap
kejadian yang berlaku ke atas dirinya.

"Orang cakap macam-macam pasal dia tetapi sebenarnya, apabila dia
tidak ingat sesuatu perkara telah membuatkan Zaiton tenang," jelasnya
yang harap filem itu dapat menukar persepsi masyarakat terhadap Zaiton.

Zaiton pula ketika ditemui di majlis itu meluahkan terkilannya
apabila digambarkan seperti orang tidak normal dan terpaksa menyanyi
untuk mendapat makan durian secara percuma.

"Saya memang suka makan durian tetapi tidak lah sampai macam tu
sekali untuk makan percuma," jelasnya yang turut menangis apabila
melihat klip tayangan kemalangan yang meragut nyawa Irwan di akhir filem
berkenaan.

Dia juga yang menangis dan mahu mengungkit mengenai anaknya itu turut
rasa tidak menyukai adegan filem berkenaan yang memaparkan seolah-olah
ibunya, Kamariah meninggal disebabkan dirinya dalam bilik air ketika
memandikannya duduk di kerusi roda.

"Rasa tidak seronok tengok adegan itu tetapi hendak buat macam mana
saya sudah tandatangani kontrak, keseluruhannya saya gembira dengan
filem berkenaan kerana tidak sentuh tentang keluarga saya," jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum