Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Anak Madonna keluar rumah

View previous topic View next topic Go down

Anak Madonna keluar rumah

Post by Park Deen on Fri Oct 12, 2012 4:22 am

Anak Madonna keluar rumah (Kosmo)





Madonna dan Lourdes.



ANAK perempuan Madonna, Lourdes, 15, mengambil keputusan untuk keluar
daripada rumah ibunya dan tinggal bersama bapanya iaitu jurulatih
peribadi, Carlos Leon.

Dia bertindak sedemikian selepas beberapa episod pergaduhan dengan Madonna.

Satu sumber memberitahu majalah Britain, Grazia: "Mereka
bergaduh dengan begitu teruk, tetapi Madonna nampaknya sentiasa berusaha
untuk menjernihkan keadaan. Dia tidak gembira dengan keputusan anaknya
itu, tetapi Lourdes sudah membuat keputusan muktamad."

Madonna yang juga mempunyai seorang anak lelaki Rocco, 12, melalui
perkahwinannya bersama Guy Ritchie selain memiliki dua orang anak angkat
iaitu Mercy James, 6, dan David Banda, 7, sanggup membatalkan konsert
jelajahnya ke Australia dengan mengatakan: "Anak-anak saya adalah
keutamaan."

Perselisihan faham antara Madonna dan Lourdes dikhabarkan berpunca
daripada hubungan sulit penyanyi berusia 54 tahun itu dengan seorang
lelaki muda berusia 24 tahun, Brahim Zaibat. Selain itu, ketegasan
Madonna dalam menghalang pergaulan Lourdes dengan kawan-kawannya juga
antara yang menjadi puncanya.

Selepas Lourdes ditangkap merokok awal tahun lalu, Madonna
memberitahu: "Ia sangat sukar. Setiap hari ada sahaja rundingan yang
akan dibuat dengan anak saya. Saya memang tidak suka orang merokok,
lebih-lebih lagi anak saya."

Sumber itu juga turut memberitahu, Lourdes tidak sabar lagi mahu
meninggalkan rumah dan belajar di universiti. Semuanya sudah
dirancangnya. Dia juga dikhabarkan sudah bosan mendapat begitu banyak
perhatian media.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum