Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Misi hidup mati Gergasi Merah

View previous topic View next topic Go down

Misi hidup mati Gergasi Merah

Post by Park Deen on Fri Oct 12, 2012 4:01 am

Misi hidup mati Gergasi Merah (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IRFAN BAKTI (dua dari kiri) gigih merencanakan strategi pada sesi latihan skuad Selangor di Shah Alam semalam.




TEKA-TEKI mengenai kemampuan Selangor menterjemahkan ‘Misi 33’ dalam kempen Piala Malaysia kali ini bakal terjawab malam ini.

Malam ini, Stadium Shah Alam bakal menjadi saksi kebangkitan Gergasi
Merah, sekali gus memadam defisit satu gol yang dimiliki Kelantan dalam
aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.

Sentuhan ‘magis’ yang dimiliki pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu
Salim juga benar-benar ditagih penyokong setia Merah Kuning bagi
menamatkan penantian selama tujuh musim selepas kali terakhir mengucup
trofi Piala Malaysia pada 2005.

‘Sentimen’ pentas final edisi kali ini yang bakal berlangsung di
Stadium Shah Alam juga pastinya menyuntik moral pemain Selangor supaya
berjuang bermati-matian malam ini.

Biarpun mahu perlawanan malam ini sebaik-baiknya tidak diheret ke
masa tambahan mahupun penentuan sepakan penalti, Irfan Bakti kekal
optimis peluang anak-anak buahnya menjejak pentas final masih bersisa.

“Masih ada 90 minit dan kami tekad untuk mengatasi kelebihan Kelantan.

“Jaringan (Kelantan) itu masih belum selamat dan saya berharap
persembahan pemain akan bertambah baik dan matang, terutama ketika
beraksi di laman sendiri (malam ini).

“Matlamat kami adalah untuk mara ke final pada musim ini dan ‘Misi 33’ masih berada di landasan tepat,” tegas Irfan Bakti.

Malam ini, sentuhan pemain berbisa Selangor seperti Amri Yahyah,
Safiq Rahim, Bosko Balaban dan Rozaimi Abdul Rahman pastinya ditagih
Irfan Bakti biarpun kehilangan tonggak pertahanan, Mohd. Nasriq Baharom
yang dilayangkan kad merah dalam separuh akhir pertama sebelum ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS),
Datuk Hamidin Mohd. Amin juga menyeru penyokong supaya membanjiri
Stadium Shah Alam malam ini.

“Perlawanan berdepan Kelantan ibarat perlawanan akhir, jadi kehadiran
penyokong Selangor di Stadium Shah Alam pastinya menyuntik moral pemain
kami,” jelasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum