Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Abdul Manaf Mamat

View previous topic View next topic Go down

Abdul Manaf Mamat

Post by Karl on Mon Nov 07, 2011 3:12 pm




avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Abdul Manaf Mamat

Post by Karl on Mon Nov 07, 2011 3:14 pm

Manaf akui dilamar
Oleh : NURUL HUDA HUSAIN
Tarikh : November 4, 2011
Abdul Manaf Mamat



PEMAIN tonggak utama skuad Penyu, Abdul Manaf Mamat mengakui terdapat beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, bagi menghadapi saingan musim depan, namun beliau memilih untuk terus kekal bersama Terengganu.

Malah, Abdul Manaf secara peribadi mengakui dirinya lebih selesa untuk bermain di bumi kelahiran sendiri kerana Terengganu bukan sahaja menjadi pasukan pertama yang disertainya, sebaliknya skuad itu jugalah yang berjaya melonjakkan namanya seperti mana hari ini.

“Saya akui memang ada beberapa pasukan yang menawarkan untuk mendapatkan khidmat saya, namun buat masa sekarang saya lebih selesa untuk bersama Terengganu.

“Justeru, saya berharap agar mampu memberikan aksi yang lebih baik untuk musim depan bagi memastikan Terengganu terus kekal sebagai gergasi bola sepak negara,” katanya.

Katanya, tahun 2011 merupakan tahun gemilang dalam kariernya apabila berjaya membantu pasukan meraih beberapa gelaran, namun turut dihimpit kesedihan apabila terpaksa menerima hakikat pemergian bapa tercinta, Mamat Mahmud, 73, ketika waktu itu dirinya sedang berhadapan saat genting untuk bertemu Kelantan dalam pertemuan suku akhir Piala Malaysia.

Nama Abdul Manaf yang mula menyarung jersi Terengganu sejak 2004 semakin terserlah, apabila digelar antara trio terhebat bergandingan dengan Abdul Hadi Yahaya dan Ashaari Samsuddin hingga berjaya meletakkan skuad Peteh kini sebagai kuasa sukan bola sepak negara.

Musim 2011 antara tahun terhebat buat Terengganu di bawah kendalian Irfan Bakti Abu Salim, apabila berjaya dinobatkan juara Piala FA, naib juara Liga Super dan terbaru meraih naib juara Piala Malaysia dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

--- Sinar Harian
avatar
Karl
co-Admin
co-Admin

Negeri :
Posts : 53
Points : 139
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Abdul Manaf Mamat

Post by Park Deen on Sat Mar 10, 2012 5:23 am

Manaf tangguh bulan madu


Oleh Zainuddin Muhammad
sukan@hmetro.com.my

PENYERANG Terengganu, Manaf Mamat memilih untuk menunda rancangan bulan madunya hingga selepas pasukannya bertemu Perak dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini.

Pemain berusia 25 tahun itu yang mengikat tali pernikahan dengan Sabihah Johan, juga 25 tahun di Taman Permint Jaya, Kuala Terengganu, semalam menganggap perlawanan menentang Perak terlalu penting bukan saja untuknya, malah isterinya juga.

Menurut penjaring gol kemenangan Terengganu ketika menewaskan pasukan Song Lam Nghe An, 1-0
dalam perlawanan pembukaan Piala AFC di Vinh, Vietnam, Selasa lalu, semua peminat termasuk isterinya mengharapkan pasukan mereka mara ke pusingan seterusnya.

“Kami juara bertahan Piala FA dan mungkin terlalu ramai penyokong yang enggan memaafkan kami sekiranya gagal menundukkan Perak dan menempah tiket ke suku akhir.

“Kami tahu Perak bukan calang-calang lawan dan menjadi kewajipan kami melakukan apa yang
terdaya untuk sekali lagi meraih kejayaan,” katanya.

Katanya, dia tidak pasti sekiranya jurulatih, Mat Zan Mat Aris akan menyenaraikannya dalam kesebelasan utama ataupun diletak di bangku simpanan.

“Kalau boleh memang saya mahu bermain daripada wisel pertama lagi kerana selepas menjaringkan gol pertama musim ini di Vietnam beberapa hari lalu, saya semakin bersemangat untuk melakukan jaringan lagi.

“Namun,semua keputusan terletak di tangan jurulatih dan sebagai pemain profesional, saya akur dengan tugasan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Mat Zan berkata, pertukaran pemain mungkin tidak boleh dielak kerana ramai yang keletihan selepas bermain dua perlawanan di Melaka dan Vietnam minggu ini.

Katanya, hampir semua pemain boleh diturunkan kecuali penjaga gol Sarbinee Allawee dan ketua pasukan, Marzuki Yusof
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Abdul Manaf Mamat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum