Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Farizal bawa ATM ke final

View previous topic View next topic Go down

Farizal bawa ATM ke final

Post by Park Deen on Fri Oct 12, 2012 3:59 am

Farizal bawa ATM ke final (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ZAQUAN Adha (kiri) dihalang dua pertahanan Lions XII pada aksi separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia
di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi. ATM mara ke final selepas menang 5-4 menerusi penalti.




PENJAGA gol, Farizal Harun layak dijulang sebagai wira apabila
membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempah slot ke final kempen
Piala Malaysia 2012 sebaik menewaskan Lions XII menerusi sepakan penalti
5-4 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat menerusi agregat 2-2 sebaik masa sebenar tamat apabila perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Ketika perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti apabila
kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan pada masa tambahan, Farizal
akhirnya muncul wira apabila berjaya menepis dua sepakan penalti Lions
XII yang gagal disempurnakan Shaiful Esah dan Baihakki Khaizan.

Penyerang gantian ATM, Fitri Omar akhirnya tenang menyempurnakan
sepakan penalti terakhir sebelum sepakan pemain Lions XII, Yasir Hanapi
sekadar terkena tiang.

Kecemerlangan Farizal malam tadi turut dilihat berjaya menebus
kegagalan dua pemain ATM, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan A. Varanthan
yang terlebih dahulu gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Pada masa sama, kemenangan itu juga menyaksikan ATM berjaya menjejak
pentas final di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini buat kali pertama
dalam tempoh 46 tahun.

Terdahulu, keghairahan ATM memburu gol akhirnya dihukum pelawat
apabila rembatan penyerang Lions XII, Agu Casmir tertampan tonggak
pertahanan ATM, sekali gus menewaskan Farizal pada minit ke-26.

Tersentak dengan jaringan tersebut, ATM yang terdesak memburu
jaringan penyamaan kembali bangkit melakukan serangan bertali arus,
namun masih gagal memecah kebuntuan.

Begitupun, percaturan jurulatih Lions XII, V. Sundramoorthy
mengeluarkan kapten, Shahril Ishak ternyata mengundang padah apabila
penyerang import ATM, Marlon Alex James akhirnya muncul penyelamat
apabila berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan.

Pasukan pelawat bertambah tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10
pemain selepas pemain pertahanan, Isa Halim diperintahkan keluar padang
pada awal masa tambahan gara-gara mengutip kad kuning kedua selepas
mengasari Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kesempatan itu begitupun gagal dimanfaatkan ATM apabila penjaga gol
pelawat, Izwan Mahmud bertindak cemerlang menggagalkan percubaan Marlon
pada penghujung perlawanan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan sebelum ini juga terikat 1-1 di
Stadium Jalan Besar, Singapura pada aksi separuh akhir pertama minggu
lalu.

Satu lagi finalis bakal ditentukan antara Selangor dan Kelantan dalam separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam malam ini.

Kelantan ketika ini mendahului menerusi agregat 1-0 hasil jaringan Nur Farhan Muhammad di Kota Bharu minggu lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum