Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Itu majlis Hero Remaja - Aeril Zafrel

View previous topic View next topic Go down

Itu majlis Hero Remaja - Aeril Zafrel

Post by Park Deen on Thu Oct 11, 2012 3:44 am

Itu majlis Hero Remaja - Aeril Zafrel (KOSMO)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


AERIL ZAFREL memberitahu,
dia sebenarnya baru pulang dari Indonesia selepas mendalami ilmu agama
di sekolah pondok di negara tersebut.



PELAKON kacak ini tiba-tiba dikejutkan dengan gosip pada hujung
minggu lalu bahawa dia menghadiri acara sosial yang dihadiri golongan
‘adik-adik’ (golongan lelaki berkelakuan seperti perempuan) baru-baru
ini.

Padahal sebelum ini, empunya badan, Aeril Zafrel, 23, telah mencanang
kisahnya yang sedang mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok di
Indonesia.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, berubah ke arah lebih
baik kerana sering bermimpi arwah ibunya yang menegur kesilapan yang
dilakukan sebelum itu.

Selain itu, pelakon filem Tujuh Petala Cinta dan Cinta Kura-Kura ini
juga turut dinasihati oleh seorang ustaz supaya tidak mendedahkan
anggota badannya untuk tatapan umum ketika berlakon.

Dia yang mula dikenali dengan filem Aku Tak Bodoh menganggap gosip
yang mendakwa dia masih ke acara sosial walaupun sedang mendalami ilmu
agama itu sebagai gurauan sahaja.

Tidak melatah dan marah dengan gosip, Aeril tetap bersyukur kerana
pergerakannya menjadi buah mulut orang sekeliling dan kepada Kosmo! dia
menjelaskan segala-galanya.

Kosmo!: Adakah Aeril tahu mengenai gosip yang mengatakan anda menghadiri acara sosial yang turut dihadiri golongan ‘adik-adik’?

AERIL ZAFREL: Ya, saya tahu gosip itu apabila diberitahu oleh seorang kawan. Saya baca dan terus tergelak.

Kenapa anda tergelak membacanya?

Sebab saya rasa, penulis itu patut tulis dengan jelas acara itu. Ia
bukan acara sosial sebenarnya tetapi Anugerah Hero Remaja 2012 yang
diadakan 20 September lalu di Kuala Lumpur. Saya rasa tak salah pergi ke
majlis tersebut, malah penerbit filem David Teo pun ada datang sebagai
juri.

Jadi tidak benarlah anda menghadiri acara sosial seperti yang didakwa gosip tersebut?

Sudah tentu tidak benar, saya rasa itu bukan acara sosial, tetapi satu majlis anugerah.

Apa anda buat dalam majlis itu?

Saya hanya memberi sokongan kepada seorang rakan yang dikenali Ben
yang menyertai pertandingan itu, dia antara Top 20 Hero Remaja 2012.

Anda pasti itu acara yang dimaksudkan, bukan acara sosial lain?

Sudah tentu saya pasti. Saya tidak ke mana-mana kelab malam lain atau
parti ‘adik-adik’ yang dimaksudkan. Kali terakhir saya ke kelab malam
adalah pada tahun lepas dan sekarang tidak pernah pergi lagi. Lagipun
itu bukan parti ‘adik-adik’.

Adakah anda pernah ke mana-mana acara sosial yang melibatkan golongan 'adik-adik' sebelum ini?

Alhamdulillah tidak ada. Saya memang jelas mengenai perkara itu.

Apa perasaan anda apabila terkena tempias gosip sebegini?

Saya terima sahaja perkara itu sebagai ujian Tuhan dan itu hanya pandangan orang lain. aya tidak boleh halang.

Apa projek filem atau drama terbaharu anda?

Saya sudah hadkan aktiviti seni untuk tumpukan kepada ilmu agama.
Saya baru pulang dari Indonesia kerana belajar sekolah pondok, sekarang
ada di Kuala Lumpur dan selepas ini akan berjumpa guru-guru agama di
sini pula.

Tentang karier pula, saya akan muncul dengan filem terbaharu iaitu Budak Pailang dan 99 Kali Rindu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum