Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ika Nabila ingin jadi versatil

View previous topic View next topic Go down

Ika Nabila ingin jadi versatil

Post by Park Deen on Thu Oct 11, 2012 3:40 am

Ika Nabila ingin jadi versatil (KOSMO)









GADIS jelita yang bernama Ika Nabila ini, semakin kerap menghiasi
kaca televisyen melalui drama bersiri lakonannya yang tampil dengan
pelbagai watak sama ada yang serius mahupun komedi.

Namun, tidak dinafikan, bakat lakonan Ika Nabila atau lebih mesra
disapa sebagai Ika, makin lama makin menjadi dan ternyata bakat
lakonannya lebih menyerlah daripada nyanyian.

Ika yang merupakan bekas peserta program realilti Akademi Fantasia musim ke-6 juga menyedari perkara tersebut.

Namun, akui gadis berusia 23 tahun ini, menyanyi dan berlakon
mempunyai kepuasan yang berbeza buat dirinya yang kini lebih dikenali
sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi.

"Memang saya bermula sebagai seorang penyanyi, tapi kini keghairahan
saya telah beransur lebih ke arah lakonan. Mungkin kerana saya kerap
berlakon daripada menyanyi dan kepuasan berlakon juga berbeza.

"Mungkin kini, saya rasa saya lebih sesuai berada di bidang lakonan
kerana apabila saya pergi ke mana-mana acara, khalayak akan lebih
dikenali sebagai pelakon dan bukannya penyanyi.

"Namun, sejujurnya saya memang meminati kedua bidang ini. Ini kerana
dari kecil, saya memang minat kepada nyanyian. Saya tidak sangka pula
akan dikenali khalayak dalam bidang lakonan," bicara Ika yang ditemui
ketika sidang akhbar drama lakonan terbaharunya, Darjat di Kuala Lumpur
baru-baru ini.

Ceritanya panjang lebar tentang permulaan karier sebagai pelakon,
katanya, orang pertama yang menawarkan watak dalam bidang lakonan ialah
Zulkifli M. Osman dan sejak itu, rezeki dalam lakonan semakin menjadi.

Masih aktif menyanyi

Walaupun dilihat jelas rezeki bagi Ika lebih memihak kepada bidang
lakonan, namun, kerana minat sejak kecil, Ika masih lagi ingin aktif
dalam nyanyian.

"Saya masih lagi aktif dalam bidang nyanyian, dan kini saya banyak
terlibat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Saya akan mengikut
KBS ke Sarawak, Kelantan, Terengganu dan serata Malaysia untuk membuat
persembahan.

"Sebagai seorang yang mulakan karier sebagai penyanyi, saya masih
lagi menyanyi. Jika ada penggambaran pada sebelah siang, saya akan
mengambil tawaran menyanyi pada sebelah malam atau pun pada hari minggu.


"Saya akan masih lagi terima dan membuat persembahan," tuturnya yang
pernah punya single duet berjudul Tiada Rasa bersama Alif Razali.

Berbicara tentang perancangan menghasilkan single terbaharu, kata
Ika, memang ada namun dia masih mencari lagu yang sesuai dan bertanya
pendapat dan meluahkan hajat kepada beberapa komposer bagi penghasilan
single yang akan berentak balada kelak.

Ujar gadis kelahiran Pulau Pinang ini, dia ingin menjadi seorang anak
seni yang versatil. Dia bukan sahaja ingin aktif dalam lakonan dan
nyanyian, namun katanya, jika diberi peluang dalam bidang pengacaraan,
peluang tersebut tidak akan disia-siakan.

"Saya rasa jika peluang itu terbuka untuk saya, tiada salahnya jika
saya mencuba pula dalam bidang lain. Saya mahu cuba semua, dan ingin
lihat mana satu yang sesuai dengan diri saya dan boleh menjadi mata
pencarian saya.

"Saya ingin jadi seorang wanita yang versatil, di mana, saya tidak
hanya tertumpu kepada satu bidang sahaja. Sebenarnya, saya pernah
mendapat tawaran jadi penyampai radio di salah sebuah stesen radio
swasta tapi masih lagi perlu dirahsiakan maklumatnya," ujarnya sambil
ketawa kerana terlepas cakap tentang tawaran tersebut.

Kisah cinta Ika

Ika pernah digosipkan bercinta bersama seorang pengkid yang bernama
Adlin. Namun, kata Ika yang menafikan gosip tersebut, Adlin sebenarnya
merupakan pengurus kegiatan seninya sejak dia keluar dari Akademi
Fantasia lagi.

Namun, setelah beberapa kali diterjah tentang isu yang sama, cerita
tersebut telah beransur sunyi. Bagi Ika, yang ketika itu masih hijau
dalam industri menganggap kontroversi tersebut sebagai asam garam
kehidupan sebagai artis dan tidak kurang juga menaikkan namanya dalam
industri.

Namun, setelah itu, Ika kini dikatakan punya teman lelaki yang
merupakan seorang anak VIP dan punya perancangan ingin berkahwin. Ketika
soalan itu diajukan kepada Ika, gadis ini menjawabnya dengan senyuman
dan diselangi dengan ketawa.

"Belum lagi, saya tidak punya teman lelaki lagi dan saya tidak
bercinta bersama sesiapa pun lagi. Saya rasa belum masa untuk saya
bercinta atau berkahwin.

"Ini kerana saya merupakan anak perempuan tunggal daripada empat
orang adik-beradik dalam keluarga. Agak rugi jika saya berkahwin awal
kerana saya ingin memberi fokus terhadap karier saya dahulu," jawab Ika
yang dilihat ceria sepanjang sidang akhbar tersebut.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum