Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tekad akhiri penantian 46 tahun

View previous topic View next topic Go down

Tekad akhiri penantian 46 tahun

Post by Park Deen on Thu Oct 11, 2012 3:28 am

Tekad akhiri penantian 46 tahun (kosmo)





ZULKIFELI (tiga dari kiri) bergambar bersama skuad ATM pada majlis makan tengah hari di Hotel Quality, Shah Alam semalam.




ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berazam menamatkan penantian 46 tahun untuk layak ke final Piala Malaysia 2012.

Sebagai rekod, kali terakhir ATM mara ke pentas final Piala Malaysia
ialah pada edisi 1966 yang ketika itu dikenali sebagai Piala H.M.S.
Malaya.

Berdasarkan prestasi semasa, Presiden Persatuan Bola Sepak ATM,
Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Yakin yakin skuad kendalian B.
Sathianathan itu mampu beraksi di pentas final di Stadium Shah Alam pada
20 Oktober ini.

Bagaimanapun, ATM terlebih dulu harus melepasi ujian getir apabila
berdepan dengan Lions XII pada aksi separuh akhir kedua di Stadium
Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Zulkifeli berkata, anak-anak buah Sathianathan mempunyai peluang
cerah untuk melayakkan diri ke final berbekalkan kelebihan satu gol
tempat lawan selepas terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium
Jalan Besar, Singapura, Jumaat lalu.

"Namun, saya tidak mahu pemain kita mengambil mudah semasa beraksi
malam esok," kata Panglima ATM itu kepada pemberita pada majlis makan
tengah hari bersama skuad ATM di Shah Alam semalam.

Mengulas mengenai ganjaran sekiranya ATM layak ke final, Zulkifeli
berkata, beliau tidak mahu juara Liga Perdana itu memikirkan perkara
tersebut.

"Saya tidak menafikan bahawa ganjaran itu adalah penting tapi bagi
pihak pengurusan, kita akan beri ganjaran semampu mungkin walaupun kita
tidak berjanji mengenai bentuk ganjaran tersebut," katanya.

Sementara itu, Sathianathan meminta setiap pemainnya mempamerkan aksi terbaik bagi merealisasikan impian mara ke pentas final.

"Kita tidak boleh dibuai dengan keputusan seri tempoh hari kerana apa
yang penting sekarang ialah setiap pemain memberi fokus sepenuhnya pada
perlawanan esok," katanya.

"Secara peribadi, saya gembira jika dapat membantu ATM menjulang
Piala Malaysia buat kali pertama," katanya yang pernah membantu Kelantan
menjulang Piala Malaysia pada 2010.

Selangor akan menentang Kelantan dalam satu lagi perlawanan separuh
akhir kedua yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam malam esok.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum