Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Baddrol Bakthiar

View previous topic View next topic Go down

Baddrol Bakthiar

Post by Park Deen on Mon Nov 07, 2011 5:15 am

Emas misi utama: Baddrol
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bharian.com.my
2011/11/07



MISI anak buah Ong Kim Swee (tengah) mempertahankan emas di Sukan SEA, Jakarta amat cerah.

Skuad Harimau Muda janji aksi pertahan kejuaraan di Jakarta

KAPTEN skuad bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar tidak menafikan
betapa peluang dia dan rakan sepasukan mempertahankan pingat emas
dimenangi pada edisi 2009 di Laos adalah cerah tetapi menegur apa yang
penting adalah mengutip mata penuh apabila menentang Singapura dalam
perlawanan pembukaan Kumpulan A, petang ini.

Walaupun diundi dalam ‘kumpulan maut’, namun ia bukan perkara yang
mustahil untuk pasukan negara sekali lagi dinobatkan sebagai juara tapi
dengan syarat tiga mata harus dikutip bagi menaikkan semangat dan moral
pemain sebelum menghadapi perlawanan seterusnya.

Bagi Baddrol semua pemain perlu lebih agresif mencatat keputusan
positif pada perlawanan pertama menentang pasukan negara jiran itu.

“Kita tahu harapan tinggi diletakkan kepada pasukan kali ini
mempertahankan emas tapi itu bukan alasan untuk kita tidak melakukan
yang terbaik.


“Mahu atau pun tidak kita perlu menang dalam perlawanan pertama
bagi menaikkan semangat dan moral pemain. Sekiranya menang dalam
perlawanan pertama, mungkin kita akan terus mendapat keputusan baik
dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

Disentuh mengenai kekuatan pasukan sekarang dan skuad ketika
memenangi emas dua tahun lalu, Baddrol menjelaskan hanya umur pemain
yang membezakan antara dua skuad berkenaan.

“Tidak ada sebarang perbezaan yang ketara dapat dilihat antara
skuad 2009 dan sekarang. Bagi saya, skuad sekarang dan 2009 hanya
dibezakan dari segi umur saja malah corak permainan dua pasukan ini juga
dilihat tidak jauh berbeza,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Baddrol Bakthiar

Post by Park Deen on Tue Nov 08, 2011 2:47 am

Tak cukup rehat

DENGAN hanya rehat selama sehari sebelum pertemuan kedua dengan
Thailand esok, kapten skuad bawah 23 tahun negara, Baddrol Bakhtiar
menyifatkan tugas mereka bertambah sulit selepas ini.

Jelasnya, Thailand yang tidak beraksi semalam pastinya masih segar
sedangkan mereka perlu segera cergas selepas bergelut ketika mencatat
keputusan seri 0-0 dengan Singapura pada aksi pertama Kumpulan A Sukan
Sea Indonesia.

“Thailand akan memberikan cabaran lebih hebat
daripada Singapura kerana mereka tidak beraksi sebelum ini sedangkan
kami hanya a mempunyai rehat sehari.

“Jadi kami kena kembali cergas dan meningkatkan tahap permainan kami
jika mahu mencipta kemenangan,” katanya yang ditemui selepas tamat
perlawanan dengan Singapura di Stadium Gelora Bung Karno.

Aksi
Baddrol yang memikul tugas kapten lebih menyinar selepas bahagian
serangan A Thamil Arasu serta pemain sayap Ahmad Fakri Saarani
tenggelam.

Sepakan percumanya pada minit ke-25 hampir
menghadiahkan gol buat skuad Kim Swee disususli rembatan lencong di
minit ke-35 yang sedikit tersasar.

“Kegagalan hari ini (semalam) akan membakar semangat saya beraksi
lebih baik. Gol Malaysia akan diperoleh selepas ini, tidak kira saya
atau rakan lain yang menjaringkannya,” kata Baddrol.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Baddrol Bakthiar

Post by Park Deen on Tue Nov 08, 2011 2:49 am

Peluang ada tapi gagal dimanafaatkan sebaiknya....masih gugup beraksi...
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Baddrol Bakthiar

Post by Park Deen on Mon Nov 14, 2011 9:08 am

Tekad Baddrol

JARINGAN dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Kemboja 4-1 semalam belum cukup memuaskan hati penyerang, Baddrol Bakhtiar.

Sebaliknya dia bertekad untuk terus meledak dalam pertemuan terakhir
Kumpulan A Sukan Sea Indonesia menentang tuan rumah, Khamis ini.

Baddrol yang memikul tugas sebagai kapten bagi penampilan keduanya selepas
bersama skuad juara bawah 23 tahun negara di Laos dua tahun lalu
berkata, semua pemain harus fokus dan konsisten dalam aksi penentuan
kumpulan bagi memastikan slot ke separuh akhir dalam genggaman.

“Saya anggap tugas sebagai kapten ini sebagai satu cabaran dan tidak
pernah berasa tertekan. “Setakat ini saya belum berpuas hati sebaliknya
pasang tekad bersama rakan sepasukan untuk terus memberi tumpuan
kepada perlawanan menentang Indonesia,” katanya yang ditemui selepas
tamat perlawanan.

Baddrol, menggegar gawang Kemboja yang
dikawal Sou Yaty menerusi rembatan dari jarak 35 pada minit ke-35
sebelum menambah jaringan empat minit kemudian hasil sepakan penalti.

Malaysia turut meraih gol hasil percubaan Izzaq Faris Ramlan (m-Cool dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (m-90).

Manakala Kemboja berjaya membolosi gawang negara di m-59 menerusi serangan pantas, Chhin Chhoeun.

Baddrol yang kini mengumpul tiga gol selepas mencipta nama selaku penjaring
ketika skuad kendalian Ong Kim Swee menang 2-1 ke atas Thailand mahu
semua pemain mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam aksi
seterusnya.

“Setiap pemain ada melakukan kesilapan, jadi kami perlu jadikan ia
satu pengajaran dan tidak mengulanginya lagi,” katanya sebagai mengulas
jaringan yang dihasilkan Kemboja.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Baddrol Bakthiar

Post by Park Deen on Mon Nov 14, 2011 9:11 am

Cayalah Baddrol...lakukan terbaik...tak si2-sia berguru kat Chelsea he he
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Baddrol Bakthiar

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum