Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kelantan menghampiri final

View previous topic View next topic Go down

Kelantan menghampiri final

Post by Park Deen on Mon Oct 08, 2012 4:22 am

Kelantan menghampiri final (Kosmo)



Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


AKSI penyerang Kelantan, Norshahrul
Idlan Talaha (kiri) ketika melepasi halangan pemain pertahanan
Selangor pada saingan separuh akhir pertama di Kota Bharu kelmarin.




KEMENANGAN 1-0 Kelantan ke atas Selangor pada aksi separuh akhir
pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin
mencerahkan peluang mereka untuk melangkah ke pentas akhir musim ini.

Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim berkata, beliau belum
mahu mendabik dada dengan keputusan tersebut, sebaliknya mahu pemainnya
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan kedua di Shah Alam
nanti.

"Keputusan ini belum selamat buat kita kerana perlawanan masih
berbaki 90 minit untuk diharungi. Bagaimanapun, saya gembira kerana kita
tidak melepaskan gol pada perlawanan ini.

"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan mara ke
perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui
sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, The Red Warriors yang beraksi di
hadapan 25,000 penyokong setia terpaksa menunggu sehingga minit ke-62
untuk memperoleh jaringan tunggalnya menerusi Nor Farhan Mohamad.

Ketika ditanya mengenai ketua pasukannya, Mohd. Badri Radzi yang
tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut, Azman memberitahu pemain itu
terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

"Insya-Allah Badri akan kembali beraksi dalam perlawanan kedua di Shah Alam nanti.

"Kehadirannya dijangka akan memantapkan lagi jentera tengah skuad Kelantan," tegasnya.

Sementara itu, penjaring gol kemenangan Kelantan dalam perlawanan itu
Nor Farhan memberitahu, jaringan tersebut menjadi pembakar semangat
buat pasukannya untuk mengharungi perlawanan kedua nanti.

"Bekalan satu gol menjadi pembakar untuk dibawa ke Shah Alam.

"Kami akan memberikan yang terbaik untuk memastikan laluan kita ke perlawanan akhir terjamin.

"Gol yang saya jaringkan malam ini (kelmarin) adalah hasil kerjasama rakan-rakan sepasukan yang banyak memberikan sokongan.

"Kejayaan ini menguatkan lagi semangat saya untuk menjulang Kelantan menjadi juara musim ini," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum