Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

9 Tanda Saat Kematian & Kebaikkan Mengingatinya

View previous topic View next topic Go down

9 Tanda Saat Kematian & Kebaikkan Mengingatinya

Post by Park Deen on Sun Oct 07, 2012 7:26 pm


9 Tanda Saat Kematian & Kebaikkan Mengingatinya


ihsan:http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/08/9-tanda-saat-kematian-kebaikkan.html

Assalamualaikum
semua ... Sahabat satu dunia.Harap sihatlah ya. Sebut hal-hal mati ni
memang orang tak suka sangat walaupun kita semua akan menuju kesana juga
nanti. Mengingati mati
sebenarnya bukanlah sifat negatif, malah ianya merupakan sifat positif
yang dituntut kerana ianya boleh menghidupkan jiwa kita untuk lebih
produktif agar lebih maju, bersatu dan lebih giat berusaha untuk
kejayaan di dunia dan akhirat.



Hati kita perlu dihidupkan dengan mengingati mati. Persoalan sekarang
ialah dimana kedudukan hati kita.Cuba sahabat bayangkan jika seseorang
itu sentiasa mengingati MATI adakah ia akan mencuri,merogol ataupun
memakan rasuah... tidak bukan..?! Itulah kebenaran yang Rasulullah ingin
sampaikan kepada kita, itu pun kepada sesiapa yang mahu berfikir.


Dimanakah kedudukan kita dari 3 keadaan manusia berikut;



1) Manusia yang lupakan mati.

2) Manusia yang takut mati.




3) Manusia yang ingat mati.


Cukuplah kematian sebagai Tazkirah. Daripada Ibnu Umar, bertanya seorang Ansar kepada Rasulullah,

"Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?"
Rasulullah SAW bersabda, "Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik"

(Kitab Baghyatul Haris, vol.1).

MANUSIA LUPAKAN MATI.
Ada
manusia sengaja melupakan mati kerana ingin terus bergembira di dunia
dan mati baginya seolah2 tidak perlu difikirkannya. Malah mereka
sering mengatakan "..kalau asyik ingat mati je, macamana kita nak maju
dan berjaya". Golongan ini hanya akan ingat mati apabila ditimpa
kesakitan. Minta jauh dari sikap sebegini.

MANUSIA TAKUTKAN MATI.

Bagi golongan ini, mati merupakan 1
trauma yang sangat meresahkan. Mereka ingat mati, namun kesan ingatan
mati mereka adalah negatif. Kalau boleh mereka tak ingin wujudnya
istilah mati. Sikap ini menyebabkan kemurungan dan sering termenung.
Ini berlaku kerana mereka tidak mendapat tarbiah rohaniah yang betul
menyebabkan ni jiwa mereka sudah "mati' sebelum mati. In juga berpunca
kerana kekurangan ilmu tentang kematian dan tidak bersedia menghadapi
mati disebabkan kejahilan dan lambakan dosa2 yang tidak diminta
ampun. Golongan ini ubat dia adalah mesti segra bertaubat.

Manusia yang bersedia menghadapi mati akan sentiasa:

1) Berbuat baik (pada diri sendiri, keluarga & masyarakat).
2) Tabah hadapi ujian (redha dengan segala ujian Allah demi mengharapkan kesenagan akhirat).

3) Segera bertaubat (kerana perkara paling hampir adalah mati).

MANUSIA INGAT AKAN MATI.
Golongan
ini mempunyai fikiran yang sentiasa menumpukan pada matlamatnya. Ini
lah rahsianya mengapa Islam menyarankan agar umatnya sentiasa
mengingati mati. Ingat akan mati bukannya sesuatu yang pasif dan
jumud, bahkan sesuatu yang dinamik, aktif dan produktif. Ini kerana
fokus kepada "KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN" memerlukan kita berusaha
bersungguh2 didunia sekarang (iaitu sebelum kita mati) sebagai bekalan
nanti.

Semoga kita dapat memupuk sikap mengingat mati dalm jiwa kita seterusnya
mencintai mati. Semoga umat manusia sekarang menjadi generasi yang
mencintai mati.
,
Hari
itu saya ada bagi sumbangan sikit dekat orang yang datang ke rumah
minta derma untuk pembinaan satu sekolah agama, dia orang ada bagi saya
satu risalah ini, mula-mula dapat aku terus baca ianya amat mengecutkan
perut... bila aku tenguk diri aku yang kurang serba-serbi ni. Risalah
itu mengenai saat kematian semua anak Adam tak kira lelaki ataupun
perempuan. Hayatilah ianya sampai habis ok.





9 TANDA - TANDA SAAT KEMATIAN


1. 100 hari, seluruh badan rasa bergetar


2. 60 hari, pusat rasa bergerak gerak


3. 40 hari,
daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan
malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan
mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan
akan orang kelihatan seperti sedang runsing



4. 7 hari, mengidam makan


5. 5 hari, anak lidah bergerak gerak


6. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak gerak


7. 2 hari, seluruh dahi bergerak gerak


8. 1 hari, terasa bahagian ubun bergerak gerak di antara waktu subuh dan asar


9. Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di
bahagian belakang badan)


Seelok- eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap cakap.




BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA


Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda :


"Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang lubang kecil di dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua dua telapak kakinya sehingga sampai ke
lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu"



Sambung Rasulullah S.A.W lagi :


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa
kepada orang yang berada di sekeliling nya. Ini adalah kerana sangat
rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangan nya kepada sayap
Jibrail A.S.



Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang sekelilingnya, ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya."


WallahuA'lam dan Wassalam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum