Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

ATM ceria bawa pulang satu gol

View previous topic View next topic Go down

ATM ceria bawa pulang satu gol

Post by Park Deen on Sun Oct 07, 2012 6:40 pm

ATM ceria bawa pulang satu gol (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


MARLON (kanan) bersaing dengan
pertahanan Lions XII, Baihakki Khaizan pada aksi separuh akhir pertama
Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.




PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ternyata
berpuas hati dengan kejayaan mengikat Lions XII 1-1 pada aksi separuh
akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam
kelmarin.

Satnianathan menganggap ATM telah mempamerkan persembahan cemerlang
meskipun mengakui barisan pemainnya mengalami kesukaran beraksi di atas
padang rumput tiruan.

ATM membuka tirai jaringan menerusi penyerang import, Marlon Alex
James pada minit ke-52 sebelum Muhammad Safuwan meledak gol penyamaan
buat Lions XII sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir.

"Mana-mana pasukan di dalam dunia ini tidak akan mampu beraksi dengan
baik sekiranya hanya diberikan peluang sekali untuk mencuba (padang
rumput tiruan).

"Tetapi saya sangat kagum dengan semangat pemain-pemain saya sehingga berjaya mendapat pulang satu gol di tempat lawan.

"Itulah paling mustahak dan pada saya, kami sudah berjaya pada peringkat separuh akhir pertama," kata Sathianathan kepada Kosmo! Ahad semalam.

Sathianathan memberitahu, pasukannya kini berada di landasan yang
terbaik dalam usaha untuk melayakkan diri ke pentas final Piala
Malaysia.

Bagaimanapun, Sathianathan enggan anak-anak buahnya terlalu selesa
dengan keputusan itu sambil menyifatkan tugas mereka hanya akan selesai
di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Khamis ini.

Katanya, kepulangan Zaquan Adha Abdul Radzak selepas menjalani
penggantungan satu perlawanan bakal memperkuatkan cabaran ATM bagi
menghadapi aksi separuh akhir kedua itu nanti.

"Peluang kami cerah (untuk mara ke final). Satu gol di tempat lawan sangat penting bagi kami.

"Namun, saya tidak mahu mereka alpa atau mendabik dada di atas
kejayaan itu kerana kami masih memiliki 90 minit lagi untuk
merealisasikan hasrat kami untuk melangkah ke final.

"Jadi sekali lagi saya mahu para pemain ATM memberikan tumpuan 100 peratus pada aksi separuh akhir kedua nanti," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum