Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Awas serangan kilat

View previous topic View next topic Go down

Awas serangan kilat

Post by Park Deen on Sun Oct 07, 2012 6:36 pm

Awas serangan kilat (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


THAMIL ARASU (kiri) meledak gol buat Harimau Muda ketika menentang Balestier Khalsa pada 27 September lalu.



ADA sesuatu yang mengganggu fikiran pengendali Harimau Muda, Ong Kim
Swee menjelang pertemuan menentang Balestier Khalsa dalam aksi Liga
Singapura (Liga S) di Stadium Yishun hari ini.Ia ekoran kekebalan
benteng pertahanan skuad kendalian Darren Stewart itu yang dilihat cukup
ampuh apabila sekadar bolos 17 gol dalam saingan musim ini.

Justeru, Kim Swee menuntut anak-anak buahnya sentiasa berwaspada dengan serangan kilat Balestier jika enggan ‘berputih mata’.

“Mereka hanya bolos 17 gol, jadi saya percaya Balestier pasti
mengamalkan corak bertahan. Jika kami terlalu asyik menyerang, tidak
mustahil kami akan dihukum serangan pantas Balestier.

“Jadi, saya harap pemain dapat bertindak matang dalam perlawanan itu sekali gus membawa pulang tiga mata,” kata Kim Swee.

Untuk rekod, aksi Harimau Muda-Balestier sepatutnya berlangsung pada
27 September lalu, namun perlawanan itu terpaksa ditangguhkan gara-gara
faktor cuaca.

Harimau Muda ketika itu sedang mendahului 1-0 hasil jaringan A. Thamil Arasu.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam pusingan pertama Liga S
sebelum ini juga tidak memihak Harimau Muda apabila kecundang 0-2 di
Stadium Toa Payoh, April lalu.

“Perkara yang dilepas tak perlu dikenang, saya percaya pemain-pemain
saya sudah bersedia membuka ‘buku’ baharu dalam perlawanan itu nanti.

“Ia cukup penting buat kami yang memerlukan sekurang-kurangnya dua
lagi kemenangan bagi menamatkan saingan di tangga kelima liga musim
ini,” kata Kim Swee.

Selepas menentang Balestier Khalsa, Harimau Muda yang kini mengutip
35 mata bakal membuat perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan
(20 Oktober) sebelum melayan kunjungan Geylang United empat hari selepas
itu.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum