Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Belum selamat

View previous topic View next topic Go down

Belum selamat

Post by Park Deen on Sun Oct 07, 2012 6:30 pm

Belum selamat (Kosmo)





INDRA (bawah) mengasak pemain
Selangor, Rames Dayoub pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.




KELANTAN belum boleh menarik nafas lega sekalipun melakar kemenangan
1-0 ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Kelantan terlebih dulu dikejutkan dengan beberapa siri serangan awal
pasukan pelawat menerusi gandingan, Mohd. Amri Yahyah dan Basko Balaban.

Tersentak dengan asakan tersebut, Kelantan memperkemas serangan dan
memperoleh dua peluang terbaik pada minit keenam dan ketujuh.

Bagaimanapun, percubaan Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azuan Roya berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

The Red Warriors terus ‘menekan’ benteng pertahanan Gergasi Merah dan
hampir berjaya memecahkan kebuntuan gol menerusi Mohammad Ghaddar pada
minit ke-15, namun penyerang import itu masih gagal merobek gawang
lawan.

Indra Putra Mahyuddin turut hampir meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-41,

namun rembatan kencangnya berjaya ditepis Norazlan.

Bersambung babak kedua, Kelantan dilihat lebih banyak menguasai
perlawanan namun sekali lagi kecewa dengan ketumpulan jentera serangan
mereka,

Usaha tuan rumah untuk mendapatkan gol akhirnya berhasil pada minit
ke-62 menerusi Nor Farhan Mohammad yang bijak memperdayakan benteng
pertahanan pelawat.

Selangor memperoleh peluang terbaik menyamakan kedudukan pada minit
ke-77, namun sepakan percuma kapten, Safiq Rahim sedikit tersasar.

Dengan keputusan itu, Kelantan dijangka berdepan tugas sukar apabila
bertandang ke Stadium Shah Alam, Jumaat ini bagi menghadapi aksi separuh
akhir kedua.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum