Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya tak pernah ada tatu! - Amanda Imani

View previous topic View next topic Go down

Saya tak pernah ada tatu! - Amanda Imani

Post by Park Deen on Sat Oct 06, 2012 8:27 pm

Saya tak pernah ada tatu! - Amanda Imani (Kosmo)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


AMANDA bakal menghabiskan pengajiannya di Universi SEGi, Kuala Lumpur menjelang hujung tahun ini.



DIA pernah dikritik kerana berpakaian seksi dengan menyarung gaun
terdedah bahagian belakang ketika majlis perkahwinan pelakon Norman
Hakim dan Memey Suhaiza tahun lalu.

Terbaharu, penyanyi Amanda Imani, 20, terpalit lagi dengan
kontroversi apabila dikatakan mempunyai tatu pada kakinya ketika
membuat kemunculan pada majlis pembukaan sebuah butik terkenal luar
negara di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak melatah gosip berkenaan, figura bertubuh montok dan berbibir
seksi ini menganggap isu dia dikatakan mempunyai tatu adalah satu
gurauan dan asam garam sebagai anak seni yang sedang membina nama.

“Saya tak pernah ada tatu. Tatu pada kaki saya semasa majlis itu
adalah pelekat tatu sahaja, ia pemberian seorang kawan dari Amerika
Syarikat, saya letak di pergelangan kaki hanya untuk suka-suka,” ujarnya
ketika ditemui Kosmo! di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru
ini.

Amanda yang ditemu bual ketika sedang menjalani penggambaran
video muzik single terbaharunya, Fobia Cinta mengakui dia tidak
langsung tidak menyangka perbuatannya meletakkan pelekat tatu di
kakinya akan menjadi buah mulut ramai.

“Saya terkejut apabila ada peminat tanya saya di akaun Twitter,
selepas itu ada wartawan hubungi saya untuk minta penjelasan, saya tidak
sangka ia akan jadi isu besar pula,” jelasnya.

Tidak tersinggung gosip berkenaan, Amanda menganggap, kontroversi
tersebut sebagai satu lumrah yang terpaksa ditempuhi dirinya selaku
anak seni.

Pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Wanita Anugerah Planet Muzik tahun
lalu itu juga memberitahu, selepas ini dia akan lebih berhati-hati
dengan sensitiviti masyarakat agar ia tidak disalah anggap nanti.

Dia mengakui baki pelekat tatu itu masih banyak lagi dalam simpanannya.

“Pelekat tatu itu ada banyak lagi, tak tahu hendak buat apa selepas
ini. Mungkin nak lekat di tangan pula selepas ini,” ujarnya berjenaka.

Bercerita lanjut mengenai dirinya pula, Amanda yang sudah tidak
sabar-sabar lagi untuk menghabiskan pengajiannya di Universiti SEGi,
Kuala Lumpur yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

Dia yang mengambil ijazah dalam bidang psikologi itu sudah empat
tahun mengikuti pengajian tersebut dan kini menunggu masa menamatkan
pengajian untuk menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian.

“Sebelum ini, aktiviti seni saya terbatas. Jika ada jemputan ketika
peperiksaan dan tugasan, saya akan tolak. Selepas ini bila tamat
belajar, saya bebas untuk atur jadual menyanyi,” jelasnya yang meminati
drama penyiasatan CSI: Crime Scene Investigation.

Amanda juga bertekad selepas ini mahu dirinya lebih dikenali peminat
dengan lebih menonjol dalam acara sosial yang melibatkan ramai artis
lain.

“Saya rasa nama Amanda hanya dikenali oleh kelompok tertentu, mungkin
sebab banyak terima undangan majlis tertutup untuk syarikat korporat.
Jadi, selepas ini saya akan menonjolkan diri dalam acara lain yang lebih
mudah dikenali peminat,” katanya.

Tambah Amanda, setakat ini dia juga banyak berinteraksi dengan
peminat melalui akaun Twitter dan Facebook dan menganggap perkara itu
masih tidak memadai untuk dia lebih dikenali.

Disoal mengenai kebolehannya dalam menulis lirik ketika berusia 16
tahun lagi, dia berkata, semua itu hasil tunjuk ajar komposer terkenal,
Ajai yang memberi keyakinan terhadapnya untuk menulis lagu sendiri
ketika usia itu.

“Kalau Ajai tidak yakin dengan kebolehan saya pada ketika itu, saya
tidak akan berada pada tahap sekarang dan saya juga tidak tahu sikap
yang suka tulis isi hati dalam sebuah buku boleh menjadi sebuah lirik
lagu pula,” ujarnya.

Kata Amanda lagi, dia sebenarnya yang suka memendam rasa jika kecewa dan marah dengan mencatat dalam sebuah buku.

“Ketika kecewa, marah dan sebagainya perasaan itu membuahkan idea
untuk saya tulis lirik pula sekarang, idea itu juga datang untuk lirik
lagu Fobia Cinta hasil perasaan saya putus cinta akhir tahun lalu,”
jelasnya.

Dia mengakui, biarpun perit akibat putus cinta berkenaan, dia tidak
mahu lagi menoleh ke belakang dan mahu menumpukan sepenuh jiwa dan raga
terhadap dunia nyanyian kini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum