Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Gol semangat

View previous topic View next topic Go down

Gol semangat

Post by Park Deen on Sat Oct 06, 2012 7:59 pm

Gol semangat (Kosm0)









ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menarik nafas lega apabila berjaya
mengikat Lions XII dengan keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir
pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Jaringan penyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-52 boleh
dianggap ‘gol semangat’ buat ATM sebelum melayan kunjungan Lions XII
pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 11
Oktober ini.

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan secara menyerang ke kubu lawan masing-masing.

ATM terlebih dulu menghukum tuan rumah apabila Marlon bijak
menggunakan kelebihan fizikalnya untuk melepasi tonggak pertahanan Lions
XII, Baihakki Khaizan sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan
penjaga gol, Mohamad Izwan Mahbud.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Lions XII
memperoleh gol penyamaan menerusi Muhammad Safuwan Baharuddin pada minit
ke-80.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma sebelum Safuwan
menanduk masuk bola ke gawang ATM yang dikemudi penjaga gol, Farizal
Harun.

Biarpun gagal meraih kemenangan, pujian harus diberikan kepada ATM yang tampil buat kali pertama di atas padang rumput tiruan.

Pada masa yang sama, pengendali ATM, B. Sathianathan juga tidak dapat
menurunkan barisan terbaik selepas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha
Abdul Radzak menjalani penggantungan satu perlawanan.

Bagaimanapun, Zaquan akan kembali memperkuat cabaran ATM bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua nanti.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum