Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Safee Sali bukan kekasih Julia Hana

View previous topic View next topic Go down

Safee Sali bukan kekasih Julia Hana

Post by Park Deen on Fri Oct 05, 2012 10:02 am

Safee Sali bukan kekasih Julia Hana (kosmo)



Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


JULIA HANA



KUALA LUMPUR - Berita yang tersebar mengenai pemain bola sepak
negara, Mohd. Safee Mohd. Sali bercinta dengan pelakon yang terkenal
menerusi drama bersiri Gerak Khas, Julia Hana Kamarudin hanya gosip semata-mata.

Pengurus pemain bola sepak itu, Zakaria Abd. Rahim berkata, Safee setakat ini masih solo.

"Dia (Safee) tidak bercinta dengan mana-mana artis," ujar Zakaria sewaktu dihubungi Kosmo!, semalam.

Gosip bahawa Safee, 28, kononnya bercinta dengan Julia Hana, 33,
disiarkan dalam sebuah portal berita yang mendakwa ada saksi melihat
mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah pada 3
Oktober lalu.

Mengulas mengenai gosip itu, Zakaria menjelaskan, Safee selama ini
belum pernah menjejakkan kaki ke pulau pelancongan terkenal itu.

Katanya, pemain itu kini berada di Malaysia sejak bulan Ramadan lalu untuk berehat.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan komen daripada Julia Hana gagal apabila pelakon itu tidak menjawab telefon.

Dia sebaliknya hanya menjawab Khidmat Pesanan Ringkas dengan menulis: "Maaf, saya masih berada di lokasi penggambaran."

Safee kini mewakili kelab Pelita Jaya, Indonesia dalam posisi penyerang.

Perkahwinannya dengan Sabarina Yusof berakhir dengan penceraian pada
April lalu. Mereka mempunyai dua anak perempuan yang kini dalam jagaan
Sabarina.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum