Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Zaquan kongsi pengalaman

View previous topic View next topic Go down

Zaquan kongsi pengalaman

Post by Park Deen on Fri Oct 05, 2012 9:40 am

Zaquan kongsi pengalaman (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ZAQUAN (kiri) tidak dapat menyertai
skuad ATM bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang
Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.




PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zaquan Adha Abdul
Radzak sekadar menjadi penyokong pada aksi separuh akhir pertama kempen
Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura
malam ini.

Begitupun, bekas pemain Negeri Sembilan itu mahu berkongsi ‘rahsia’
dengan rakan sepasukannya menjelang pertemuan di permukaan padang
rumput tiruan menentang wakil Singapura itu.

“Saya akui bahawa saya berasa sangat kecewa (sele- pas digantung satu
perlawa- nan) kerana tidak dapat bersama dengan ATM tetapi saya mahu
berkongsi petua untuk beraksi di padang rumput tiruan kepada rakan-rakan
sepasukan.

“Tidak ramai pemain ATM mempunyai pengalaman beraksi di padang rumput
tiruan, lebih-lebih lagi kami adalah pasukan daripada Liga Premier
(berbanding Lions XII beraksi dalam Liga Super).

“Berdasarkan pengalaman ketika beraksi bersama skuad kebangsaan di
Stadium Jalan Besar, saya akui ia sangat berbeza apabila bermain di
padang biasa dan rumput tiruan.

“Pusingan bola, hantaran pendek serta kelembutan rumput tiruan
(berbanding padang biasa) menjadikan bola itu bergerak lebih pantas.

“Jadi, setiap pemain perlu berhati-hati ketika membuat hantaran
kerana pergerakan bola lebih laju bagi mengelak kami kehilangan bola,”
katanya kepada Kosmo!.

Zaquan digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada
aksi suku akhir pertama dan kedua ketika menentang Negeri Sembilan.

Dia yang membantu ATM menewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 3-1
di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa lalu, mengakui kecewa
selepas tidak dapat menyertai skuad kendalian B. Sathianathan itu ke
Singapura.

ATM menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia yakin dengan corak taktikal
diterapkan bekas jurulatih Kelantan terse- but yang mampu memberi-
kan satu keputusan positif.

“Saya percaya dengan taktikal yang diterapkan jurulatih untuk merakamkan kemenangan di sana.

“Saya berharap ATM dapat mempamerkan aksi cemerlang dengan meneruskan
rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada suku
akhir,” katanya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum