Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

WANITA BERBULU SUKAR HAMIL

View previous topic View next topic Go down

WANITA BERBULU SUKAR HAMIL

Post by Park Deen on Wed Oct 03, 2012 4:37 am

WANITA BERBULU SUKAR HAMIL (KOSMO)


SESETENGAH wanita yang mengalami sindrom PCOS terpaksa bercukur tiga kali sehari.



SETIAP pagi sebelum suaminya, Bill, bangun, Marianne Ponsonby-White,
30, bergegas ke bilik air untuk meneliti mukanya di hadapan cermin.

Dia tidak mencari jerawat ataupun kedutan tetapi pertumbuhan rambut
yang tidak diingini. Setiap kali bangun tidur, sekurang-kurangnya satu
dozen bulu-bulu halus muncul di pipi dan dagunya.

Menurut pengurus pemasaran dan jualan dari Buckinghamshire, England
ini, dia disahkan menghidap sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gejala
ketidakseimbangan hormon apabila ovarinya menghasilkan jumlah hormon
testosteron lebih tinggi daripada tahap normal.

"Saya berdepan dengan masalah pertumbuhan rambut berlebihan dan
adakalanya membuatkan saya berasa seperti tidak feminin. Saya akan
mencukur bulu yang tumbuh di muka saya setiap dua minggu, manakala
epilator digunakan pada abdomen saya.

"Jika tidak, bulu pada muka dan badan saya yang tebal dan sangat
hitam akan kelihatan menjijikkan. Suami saya berlagak seperti dia tidak
perasan tentang masalah ini.

"Saya sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah bulu
yang tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya dipunyai oleh seorang
wanita," beritahu beliau yang percaya sindrom itu merupakan penyakit
keturunan.

Tambahnya, ibu saudaranya juga mengalami penyakit yang sama. Dia
masih mengingati bahagian dagu ibu saudaranya yang tidak dikurniakan
anak itu ditumbuhi janggut.

Misai

Marianne memberitahu, dia mula perasan pertumbuhan bulu berlebihan di mukanya ketika berusia 22 tahun.

"Saya terkejut apabila mendapati saya mempunyai misai dan beberapa bahagian badan lain yang ditumbuhi bulu. Ia amat mengerikan.

"Saya membiarkan keadaan ini selama dua tahun sebelum meminta bantuan
daripada pakar perubatan. Ujian ultrabunyi yang dilakukan menunjukkan
saya menghidap PCOS.

"Walaupun kini saya mengetahui punca pertumbuhan bulu luar biasa ini,
saya tidak menerima apa-apa bantuan mahupun nasihat sebaliknya
membiarkan ia menjadi bahan penyelidikan. Ternyata ramai wanita yang
menghidap penyakit ini tetapi dengan sindrom sukar untuk hamil,"
ujarnya.

Jelas Marianne, dia sangat bernasib baik kerana mengandungkan
anaknya, Beatrice secara semula jadi lima tahun lalu pada usia 25 tahun,
dan kini hamil lapan bulan anak keduanya.

Seorang wakil dari kumpulan sokongan untuk pesakit PCOS di Britain,
Rachel Hawkes Verity berkata, sindrom ovari polisistik boleh
mengakibatkan kemusnahan pada diri wanita.

"Saya mempunyai ahli keluarga yang mahu membunuh diri kerana mereka
tidak lagi mampu berhadapan dengan masalah pertumbuhan bulu berlebihan
selain bergelut dengan masalah berat badan.

"Salah seorang daripada wanita itu terpaksa bercukur tiga kali
sehari. Dia turut membawa pisau cukur ke tempat kerja bagi memudahkannya
bercukur pada waktu rehat.

"Bagi seorang wanita, wajah ditumbuhi janggut dan misai adalah
perkara yang tidak boleh diterima dan ini bukan terjadi disebabkan
faktor kosmetik," jelas Rachel.

Gejala

Menurut Konsultan Obstetrik dan Ginakologi, Hospital Pakar DEMC Shah
Alam, Dr. J. Thaneemalai, PCOS ialah gangguan yang berpunca daripada
tahap hormon tertentu yang tidak normal. Ia biasa dialami 20 peratus
daripada wanita.

"Antara simptom PCOS ialah kitaran haid tidak teratur, sukar hamil,
berat badan berlebihan, kulit berminyak serta berjerawat selain
mengalami perubahan dari segi mood. Simptom yang ditunjukkan berbeza
bagi setiap wanita.

"Wanita dengan PCOS sering mempunyai tanda-tanda yang berbeza. Gejala
ini kadang-kadang datang dan pergi menyebabkan ia sukar untuk
didiagnosis.

"Diagnosis biasanya dibuat apabila ada simptom seperti kitaran haid
yang tidak teratur, sukar hamil dan pertumbuhan rambut yang berlebihan
di muka atau badan," beritahu beliau.

Tambahnya, kaedah rawatan bagi PCOS bergantung kepada simptom yang
dialami. Rawatan jangka panjang mungkin perlu jika seseorang itu
mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, peningkatan gula
dalam darah dan penyakit jantung.

"Yang penting, penghidap PCOS perlu menjalani gaya hidup sihat dan
mengamalkan diet yang seimbang serta kerap bersenam sekurang-kurangnya
30 minit, tiga kali seminggu," ujarnya. - NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD.
NOOR
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum