Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Runtuhan al-Aqsa jenayah Yahudi

View previous topic View next topic Go down

Runtuhan al-Aqsa jenayah Yahudi

Post by Park Deen on Wed Oct 03, 2012 4:20 am

Runtuhan al-Aqsa jenayah Yahudi (Kosmo)









DEWAN Auditorium D8, Putrajaya dipenuhi kira-kira 500 umat Islam yang
mahu melihat secara dekat dan mendengar amanat Presiden Pertubuhan
Islam Palestin 48, Syeikh Raed Solah.

Tokoh Pejuang Kebebasan Baitulmuqaddis yang berusia 54 tahun itu
kelihatan gigih menyampaikan ceramahnya. Beliau yang menyeru umat Islam
di negara ini dan seluruh dunia agar bersatu mempertahankan
Baitulmuqaddis.

Baitulmuqaddis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah
Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam
selepas Mekah dan Madinah.

Pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini atas undangan Aman
Palestin Berhad (Aman Palestin), warga Israel itu mempunyai perwatakan
yang serius, semangat yang kental tetapi mudah mesra.

Dilahirkan di perkampungan Arab Israel, Umm al-Fahm, keluarganya mempunyai hubungan yang kuat dalam mempertahankan Israel.

Bapa dan salah seorang daripada adik-beradiknya merupakan pegawai polis.

“Saya rasa gembira dengan pertemuan ini dan apabila pulang kelak akan
saya khabarkan kepada warga Islam Palestin bahawa mereka tidak
bersendirian kerana saudara-saudara Islam di Malaysia turut menyokong
perjuanganmereka mempertahankan Kota Suci Baitulmuqaddis,” kata Syeikh
Raed yang berada di Malaysia selama 11 hari pada awal September lalu.

Sepanjang berada di negara ini, beliau telah melakukan beberapa siri ceramah dan membuat lawatan kepada para pembesar negara.

Presiden Pertubuhan Islam Palestin 48 itu juga berpeluang melawat
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat rasmi
Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada kesempatan itu, Syeikh Raed telah menceritakan kedudukan sebenar
keadaan Masjid al-Aqsa yang sehingga kini menjadi sasaran pihak Zionis.

Syeikh Raed telah mengimamkan solat Jumaat di Masjid Putrajaya.
Kemudian, rombongan yang disertai oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin
itu turut berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom.



TERPENJARA. Rakyat Palestin tidak
bebas bergerak dan mereka dikenakan pemeriksaan ketat oleh tentera
Israel di negara mereka sendiri.




Syeikh Raed juga bertemu dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr. Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur.
Selain itu, beliau turut memberi ceramah kepada para pelajar di
universiti tempatan seperti di Universiti Putra Malaysia.

Bapa kepada tiga anak lelaki dan lima perempuan tidak banyak
bercerita mengenai hal-hal peribadi tentang diri dan ahli keluarganya.

Ini berikutan dirinya menjadi buruan dan beliau bimbang pendedahan
itu mengundang bahaya kepada diri, ahli keluarga atau mereka yang
berkaitan.

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Ibnu Sina (1965 hingga
1973). Beliau kemudian menyambung pendidikannya ke peringkat menengah di
Sekolah Menengah Umm al-Fahm (1973 hingga 1976) sebelum meneruskan
pengajian ke peringkat universiti dalam pengkhususan jurusan Syariah,
Universiti al-Khalil.

Tamat pengajian beliau menjadi guru. Namun tidak lama kemudian Syeikh
Raed menceburi bidang perniagaan ekoran sekatan yang dikenakan oleh
Israel.

Sejak itu, beliau mulai aktif dalam gerakan mempertahankan Islam yang
diketuai oleh Syeikh Abdullah Nimer Darwish. Bintangnya semakin
bersinar apabila pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Datuk Bandar Umm
al-Fahm.

Pembabitan dan ikatan yang kuat dengan pergerakan Islam dengan
ideologi jihad menyebabkan Syeikh Raed dilarang keluar dari Israel pada
tahun 2001.

Pernah dipenjara

Antara sumbangan besar beliau ialah memakmurkan Musolla al-Marwani,
iaitu satu ruang solat bawah tanah yang ditemui dalam kawasan Masjid
al-Aqsa dan melancarkan program mengimarahkan Masjid al-Aqsa semasa
menjawat jawatan Pengerusi Institusi al-Aqsa. Beliau merupakan individu
pertama yang menjumpai dan mendedahkan jenayah Yahudi yang berusaha
melemahkan struktur Masjid al-Aqsa dengan menggali terowong di bawahnya.

Pada tahun 2003, beliau dipenjara selama dua tahun oleh polis Israel
ekoran mengumpul dana untuk disalurkan kepada Hamas di Jenin, Samaria
utara.

Kebangkitan Intifada Palestin kedua berlaku pada tahun 2000. Ekoran
itu, pergerakan Islam telah memperkenalkan slogan, Al-Aqsa dalam bahaya.

Sejak itu puluhan ribu golongan muda mula terbabit dalam
memperjuangkan isu Masjid al-Aqsa yang diancam keruntuhan ekoran
perbuatan Yahudi menggali terowong hingga ke bawah masjid berkenaan.

Pihak Yahudi turut menggunakan asid dalam kerja-kerja penggalian
terowong itu bagi memberi kesan yang lebih teruk kepada struktur masjid.
Tindakan itu juga menyebabkan pokok berusia ratusan tahun tumbang.

Pesta arak

Beberapa tiang di masjid itu ada yang retak malah ada lantai yang
berlubang. Akibatnya, ia menyemarakkan lagi gelombang umat Islam seluruh
dunia untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa.



LELAKI Palestin ini perlu melalui
balai pemeriksaan Israel dalam perjalanan untuk menunaikan solat di
Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.




“Kita cukup sedih dan terkilan apabila musuh berjaya memecah-belahkan
umat Islam. Mulanya, Israel menjadikan isu Masjid al-Aqsa sebagai isu
tempatan tetapi kita berjaya menarik perhatian umat Islam seluruh dunia
untuk sama-sama mempertahankan masjid ini.

“Umat Islam juga perlu mengetahui isu Baitulmuqaddis dan Masjid
al-Aqsa. Isu ini penting dan kita perlu sama-sama mempertahankan masjid
yang menjadi kiblat pertama umat Islam ini,” tegas Syeikh Raed.

Beliau menjelaskan, sejak kurun ke-19, Yahudi cuba memusnah dan
menghancurkan segala-gala atau lambang yang mempunyai kaitan dengan
Islam di bumi Palestin.

Sebanyak 1,200 masjid telah musnah dan segala usaha mereka masih berterusan dengan harapan Islam hancur di Baitulmuqaddis.

“Masih ada ratusan masjid lagi di Palestin tetapi ia masih belum
selamat, sebahagian telah diambil oleh Yahudi untuk dijadikan kedai
arak. Baru-baru ini, mereka telah menganjurkan pesta arak di Masjid
Telaga Tujuh dan telah menumpahkan arak di dalam masjid tersebut.

“Selain itu, mereka turut merampas tanah wakaf penduduk Islam,
meratakan tanah perkuburan Islam bagi dijadikan hotel, kedai dan
perkampungan Yahudi,” katanya.

Terowong itu dipercayai mula dikorek sejak kurun ke-18 atas alasan
mencari kesan sejarah The King Solomon Temple. Ia semakin giat dilakukan
sejak tahun 1968.

Sehingga kini, kajian yang dilakukan oleh penyelidik Britian dan
Jerman masih gagal mencari kesan sejarah itu. Malah, menurut Syeikh
Raed, usaha tersebut merupakan satu pembohongan kerana hasrat utama
mereka adalah untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa dan digantikan dengan
kuil penganut agama Yahudi.

Fasa akhir

Beliau menambah, beberapa media Yahudi juga mendedahkan perbincangan
pemimpin mereka yang dalam peringkat akhir untuk merobohkan Masjid
al-Aqsa.

Usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat Yahudi telah menimbulkan
kesedaran dalam kalangan umat Islam seluruh dunia agar bangkit
mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa.

Syeikh Raed memberitahu, ibu-ibu Islam di Algeria telah mengambil
inisiatif mendodoikan anak-anak mereka dengan kata-kata: “Tidurlah
anak-anak yang bakal bebaskan Masjid al-Aqsa”.

Selain itu, pemuda-pemudi di Turki juga telah sedar dan mereka sanggup berjuang untuk mempertahankan masjid suci itu.

Syeikh Raed yakin segala usaha yang dilakukan Yahudi untuk
menghancurkan Masjid al-Aqsa akan menemui kegagalan pada masa yang sama
agama Islam akan terus mencapai kejayaan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum