Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Fokus kepada peperiksaan

View previous topic View next topic Go down

Fokus kepada peperiksaan

Post by Park Deen on Wed Oct 03, 2012 4:14 am

Fokus kepada peperiksaan (Kosmo)









MENJADI pelajar paling popular di sekolah, Mia atau nama sebenarnya
Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 7, tidak pernah melahirkan rasa benci
selalu dikelilingi oleh rakan-rakan di sekolahnya.

Malah, barang-barang Mia turut diambil oleh rakan-rakannya kerana
terlalu menyukai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia
Ke-24 menerusi filem Sekali Lagi itu.

"Pernah satu tahap dia dikelilingi ramai rakan sekolahnya ketika
waktu rehat, tetapi dia tidak kisah dan boleh makan seperti biasa," ujar
bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh ketika ditemui pada majlis
sambutan hari ulang tahun Mia yang ketujuh di restoran pizza dan pasta
Italiannies, pusat beli-belah Paradigm, Kelana Jaya, Selangor Ahad
lepas.

Mia yang berada di samping bapanya itu hanya mengangguk dan
memberitahu, antara barang-barang yang diambil terdiri daripada pensel
dan pemadam miliknya.

Ditanya berapakah belanja yang dibekalkan bapanya setiap kali pergi
ke sekolah, kata Mia, dia akan memperoleh sebanyak RM10 atau RM20
sehari, tetapi menasihatinya agar menggunakan hanya RM2 sahaja untuk
berbelanja.

"Walaupun saya pesan belanja hanya RM2, tetapi dia tetap menghabiskan
wang yang saya beri. Saya beri dia belanja yang banyak bukan untuk
bermewah, tetapi untuk mengajar dia supaya pandai pegang dan uruskan
duit sendiri," luah Ridhuan.

Bercerita mengenai jadual seni Mia, ungkap Ridhuan, buat masa ini Mia
terpaksa berehat daripada berlakon kerana ingin fokus pada peperiksaan
penggal akhir yang akan bermula pada 8 Oktober ini.

"Mia sudah berehat daripada berlakon sejak bulan Ramadan lalu.
Sepanjang tempoh berehat, Mia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon
drama, filem atau iklan. Kecuali jika ada sesi fotografi atau majlis
yang memerlukan Mia menghadirkan diri, dia akan menyertainya. Mia perlu
juga menonjolkan diri pada majlis-majlis media supaya nama dia tidak
dilupakan," jelas Ridhuan.

Tidak mengabaikan pelajaran anaknya, menurut Ridhuan, dia akan
memastikan Mia turut berjaya dalam pelajaran selain berjaya dalam bidang
lakonan.

"Sekarang ini pelajar-pelajar sangat kompetitif. Saya tidak mahu dia
buat sambil lewa, tetapi dalam masa yang sama saya juga tidak mahu paksa
dia untuk buat yang terbaik," jelasnya lagi.



ANAK kecil berbakat besar ini sangat rapat dengan aktres jelita, Lisa Surihani.




Tidak hanya memantau pelajaran anaknya, Ridhuan juga akan mengupah
tutor untuk datang ke rumah mengajar Mia bagi mata pelajaran yang lemah.

Ditanya apakah mata pelajaran yang paling Mia suka, kata Ridhuan, Mia paling menyukai Matematik.

Ridhuan turut ditanya mengenai pembabitan Mia yang kini dilihat
kurang muncul dalam iklan komersial. Ulas Ridhuan, dia terpaksa selektif
memilih kerana kebanyakan iklan memerlukan Mia pergi melakukan uji
bakat.

"Bukan saya sombong tidak mahu Mia melakukan uji bakat untuk iklan,
tetapi saya kena selektif untuk kebaikan dirinya," ujarnya lagi.

Sombong

Gembira menyambut hari ulang tahun yang ketujuh, pelakon dan juga
model iklan itu mengakui ingin meraikannya dalam keadaan meriah setiap
tahun.

Sempena sambutan hari ulang tahunnya pada hari itu, Mia juga berkesempatan membuat pizanya sendiri.

"Mia suka ramai orang. Kalau boleh Mia mahu sambut hari jadi macam
ini tiap-tiap tahun. Kawan-kawan juga ramai yang datang. Mia juga dapat
buat piza sendiri. Biasanya, kita makan sahaja tetapi kali ini Mia boleh
pilih sendiri bahan-bahan untuk hias di atas piza," ceritanya teruja.

Mengakui gembira ramai rakannya hadir pada majlis sambutan hari ulang
tahunnya, Mia juga berasa teruja kerana artis kesayangannya iaitu Lisa
Surihani dan suaminya, Yusry KRU turut hadir.

Malah, pelakon cilik yang memang kerap berganding dengan Lisa dalam
banyak filem dan drama itu turut menerima hadiah berupa barangan Zara
daripada Lisa.

Selain Lisa, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Melissa Saila, Shaheizy Sam
dan juga Dina Nazir Nadzir hadir pada sambutan hari lahir Mia.

Ditanya apakah hadiah yang paling disukai Mia selain daripada hadiah
Lisa, ujarnya, dia sangat menyukai hadiah daripada Iqram dan Fouziah
yang memberinya seutas rantai emas putih. Begitu juga hadiah pemberian
Dina iaitu iPod..



MIA ceria menyambut hari jadinya yang ke-7 di samping ibu dan bapa tersayang.




Ditebak soalan mengenai kelakuan Mia yang kini dikhabarkan semakin
sombong dan lebih selektif melayan orang yang ingin menemubualnya, ujar
Ridhuan, Mia bukan sombong, cuma sebagai seorang kanak-kanak dia tidak
diam setempat dan mungkin tidak selesa jika dipanggil tanpa ahli
keluarganya berada bersamanya.

"Memang sikap dia macam itu (lari-lari ketika dipanggil). Dia hanya
dengar bila saya atau ahli keluarga yang lain panggil," bidas Ridhuan
mengenai sikap Mia yang dikatakan sudah berubah.

Mengulas mengenai masa depan Mia, tutur Ridhuan, dia tidak terfikir
Mia akan berlakon selama-lamanya dan sudah membuat perancangan untuk
anaknya itu.

Pupon

Berkesempatan menemu bual ibu Mia, Rafidah Abd. Hamid, dia
memberitahu, memanggil Mia dengan panggilan manja iaitu Pupon kerana
sejak lahir lagi wajah Mia seperti anak Jepun.

Mempunyai darah campuran Cina pada sebelah bekas suami dan juga
dirinya, jelas Rafidah, walaupun Mia kini berada di bawah jagaan bapanya
selepas mereka bercerai, tetapi dia akan memastikan untuk menghubungi
Mia setiap hari selain bertemu anaknya sebulan sekali.

"Saya tinggal di Johor tetapi dalam sebulan, sekali atau dua kali saya akan ke Kuala Lumpur bertemu Mia," ujar Rafidah.

Berkongsi rahsia ketika mengandungkan Mia, Rafidah memberitahu, dia
sangat suka minum susu dan makan ikan. Selain itu, dia juga selalu
berbual dengan Mia dan memberinya mendengar muzik menggunakan fon
kepala.

Ditanya apakah perubahan terbesar Mia selepas menjadi artis, ungkap
Rafidah, Mia tidak menunjukkan perubahan ketara kerana sebelum menjadi
artis dia juga sering mendapat perhatian setiap kali keluar daripada
rumah.

Ditanya adakah anaknya pernah mengadu penat berlakon, cerita Rafidah,
pernah juga Mia mengadu kepadanya penat berlakon, tetapi dia juga
mengakui sangat seronok menceburi bidang tersebut.

Mengulas mengenai pembabitan Mia dalam bidang seni, ujar Rafidah,
kalau ikutkan dia tidak berapa suka Mia berlakon kerana kasihan dengan
anaknya yang sering kelihatan penat, tetapi dia juga tidak menjangkakan
peluang yang anaknya peroleh dalam bidang seni begitu mudah.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum