Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya kasihan dengan orang itu - Jue Aziz

View previous topic View next topic Go down

Saya kasihan dengan orang itu - Jue Aziz

Post by Park Deen on Wed Oct 03, 2012 4:11 am

Saya kasihan dengan orang itu - Jue Aziz (Kosmo)



Oleh KHAIRIYAH HANAFI
hiburan@kosmo.com.my


JUE menegaskan ada orang tertentu yang menjaja gosip skandal dirinya dengan Aidil.




GOSIP ‘panas’ yang melanda pelakon seksi, Jue Aziz atau nama
sebenarnya, Zuliana Abd. Aziz, 29, yang didakwa menjalinkan hubungan
cinta dengan suami aktres Rita Rudaini, 36, iaitu pemain bola sepak
Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, seakan-akan tidak pernah surut.

Malah, ia semakin hebat diperkatakan sama ada menerusi media massa mahupun blog-blog tempatan.

Walaupun Jue pernah bertindak mendiamkan diri sebelum akhirnya
memberikan komen menafikan gosip liar tersebut di sebuah akhbar tempatan
sekitar Ogos tahun ini namun apa yang pasti, gosip tersebut tetap
kembali.

Gosip yang sama muncul semula dengan cerita yang tidak diketahui
akan kebenarannya walaupun realitinya ia baru sahaja surut daripada
diperkatakan.

Gosip melibatkan pelakon drama Nilapura itu sebenarnya sudah mula
tersebar kepada umum sejak Ogos senyap seketika apabila Jue dan Aidil
bertindak untuk tidak cepat melatah.

Malangnya, semalam, gosip tersebut sekali lagi ‘dijulang’ oleh sebuah
akhbar yang mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini dikatakan semakin
serius dan sedang memasuki fasa panggilan sayang-menyayang.

Lebih hebat, apabila gosip tersebut mendakwa Jue mendapat sebuah beg tangan berjenama mewah pemberian Aidil.

Menurut gosip tersebut lagi, beg tangan tersebut dibeli Aidil di
pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dengan harga yang agak mahal
untuk memujuk Jue yang kononnya dikatakan merajuk. Apa yang menarik,
gosip tersebut langsung tidak menampilkan sebarang kenyataan baik
daripada pihak Jue mahupun Aidil.

Justeru, bagi mendapat kepastian dan kebenaran hakiki mengenai gosip
tersebut, Kosmo!, semalam telah menghubungi Jue Aziz sendiri untuk
mendapatkan komen daripadanya mengenai isu tersebut.

Kosmo!: Boleh Jue komen sedikit mengenai gosip hubungan Jue dengan Aidil Zafuan?

JUE: Saya dah tak nak komen apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang
perlu dikomen. Last comment mengenai isu saya dan Aidil saya buat
menerusi sebuah akhbar tempatan (sekitar Ogos tahun ini) dan saya memang
tidak mahu komen apa-apa lagi sekarang ini.



RITA dan Aidil masih bergelar suami isteri di atas kertas, biarpun keutuhan rumah tangga mereka sudah lama goyah.




Namun sebuah akhbar semalam ada menyatakan bahawa Jue telah mendapat
hadiah mahal daripada Aidil selain mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini
semakin serius dengan panggilan sayang. Apa komen Jue?

Bagi Jue, ini semua mengarut dan tidak betul. Jue sendiri tidak tahu
apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira
dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jadi, biarlah dia nak cakap
apa. Bagi Jue, benda (gosip) itu semua tidak betul.

Jika semua gosip itu tidak benar, kenapa Jue mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan?

Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk
kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang
itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya
tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun,
saya tak sezalim itu untuk kenakan orang.

Jadi, Jue tahu siapa yang buat (cipta) semua (gosip) ini?

Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.

Apa Jue akan buat apabila orang asyik mengata sahaja?

Sebelum ini Jue dah bagi komen tentang benda (gosip) Jue dan Aidil,
namun terpulang kepada orang tersebut. Sebab itu urusan dia dengan
Allah.

Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya Jue sekarang ini?

Sekarang ini, Jue sedang sedang menjalani penggambaran sebuah program
TV 26 episod untuk stesen Radio Televisyen Malaysia. Tawaran lain ada
tapi buat masa ini Jue mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program
tersebut memandangkan Jue pun baru sahaja habis penggambaran episod yang
menjalani penggambaran di Sabah. Bila sudah selesai semuanya,
insya-Allah kalau ada tawaran lain, Jue tidak akan tolak.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum